Sabtu, 1 Julai 2017

Asal usul Kurta | Adakah ia pakaian sunnah ?

ASAL USUL KURTA

Kurta adalah sejenis pakaian yang berasal dari pakaian gamis. Cuma ia telah bertukar kepada kurta apabila baginda Nabi s.a.w telah memotong di kiri dan kanan bawah pakaian tersebut sepanjang satu jengkal menggunakan pedang di kala baginda Nabi s.a.w ingin menunggang untanya bernama Quswa dan peristiwa ini telah dilihat oleh sahabat nabi iaitu Abu Hurairah r.a.

Maka pada waktu itulah Abu Hurairah juga turut memotong akan gamis yang sedang dipakainya bagi mengikuti cara berpakaian Nabi s.a.w yang dilihatnya pada waktu itu atas dasar kecintaan beliau yang terlalu tingga pada penghulu nabi kita Muhammad s.a.w.

Kurta ini juga telah di guna pakai ramai di kalangan sahabat ikram selepas peristiwa itu. Kurta ini juga pada ketika pembawaan fikir nabi serta agama yang sempurna oleh cicit kepada Bani Thoif yang bernama Muhammad Ibnu Qosim ke India, Pakistan dan Bangladesh dengan hasrat untuk menghidupkan agama yang telah sempurna ditinggalkan oleh nabi untuk dihidupkan di tiga negara tersebut.

Maka pada waktu sepanjang perjalanan usaha dakwahnya di India, Pakistan dan Bangladesh itu maka Muhammad Ibnu Qosim telah mengenakan pakaian kurta ini bagi menyenangkan pergerakannya kesana kemari didalam menyebarkan agama yang telah disempurnakan oleh Allah SWT keatas ummat ini melalui baginda Nabi s.a.w.

Maka pada waktu itulah seluruh tempat jajahannya sepanjang usaha dakwah dilakukannya pakaian kurta ini telahpun menjadi tarikan kepada sesiapa yang melihatnya. Lalu terus menjadikan pakaian tersebut adalah pakaian utama dalam kehidupan seluruh rakyat India, Pakistan dan Bangladesh.

Sehinggalah pada suatu hari berkat fikir dikalangan jemaah untuk menyampaikan agama di seluruh alam maka jemaah telahpun dibentuk sebahagiaanya untuk dihantar ke tanah Melayu dan Nusantara.

Pada dasarnya sebagai alasan untuk berniaga disamping sebalik hakikat tujuan utamanya adalah untuk menyampaikan fikir nabi dan seluruh agama yang telah sempurna itu dapat datang dalam kehidupan seluruh manusia yang hidup ditanah melayu pada waktu itu.

Jemaah yang pertama tersebut dengan membawa maksud kalimah Lailahalillah telah sampai di perairan pantai Klebang,Melaka.

Maka sampainya mereka pada waktu itu adalah pada waktu telah masuknya waktu sholat asar. Salah seorang daripada mereka telah mencari ruang dicelah-celah manusia yang sedang sibuk berurusan jual beli di tepi pantai itu untuk dijadikan ruang untuk mendirikan solat secara berjemaah.

Maka salah seorang diantara mereka telah melaungkan azan dipantai Klebang itu dan kehadiran mereka adalah keseluruhan ahli jemaah itu telah mengenakan pakaian kurta sepanjang mereka tinggal di kawasan tersebut.

Sehinggalah pada hari ini masih lagi terdapat fikiran kolot lagi jahil terhadap sunnah baginda nabi s.a.w sehinggakan mereka telah menamakan pakaian kurta ini adalah pakaian orang india dan pakistan sedangkan itulah adalah salah satu pakaian dan perhiasan diri baginda nabi s.a.w yang mulia serta seluruh sahabat ikram.

Semoga Allah berikan kefahaman kepada kita semua dan terus memberi taufik dan hidayah kepada seluruh manusia yang beriman kepada Allah dan hari kemudian bahawa satu hari nanti Allah SWT akan menyempurkan apa jua perhiasan dalam kehidupan baginda nabi s.a.w itu dapat datang dan menjadi sebahagian dalam kehidupan perhiasan ummat ini.

wallahuta'ala alam

(Athirah Razali)

*Anda boleh percaya dan anda boleh tolak. Terpulang....

===!!!!=!!!!!!!!!=!!=!!!=======
Artikel di atas saya ambil drp FB...
Mohd Sham...

Ahad, 18 Jun 2017

Hari Sabtu Di Pekan Ranau- Apa Yang Menarik..

Seperti biasa minggu ini sekali lagi berkesempatan berkunjung di Pekan Ranau. Mujur hari ini pergerakan traffik tidak terlalu sesak. Mungkin dalam bulan Ramadhan ini tidak banyak event yang sedang berlangsung di tengah2 pekan Ranau.

Hari sabtu yang relaks, seperti biasa jalan2 di pasar besar Hari Anam, yang menjadi kewajipan masyarakat Ranau setiap hari Sabtu. Dengan penutupan beberapa jalan raya utama membolehkan rakyat setempat datang berjualan, malah ada juga yang datang dari luar daerah.

Tidak lupa hari Sabtu begini di Tamu groud dekat dengan Sungai Liwagu, ada jualan tamu mingguan, selain dari yang ada di pasar Ranau. Dalam suasana bulan puasa dan cuaca yang terik, ramai juga yang turun untuk berbelanja, tambah2 lagi minggu ini minggu gaji, dan sambutan Hari Raya juga tidak lama lagi.

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat di ambil di pasar HARI ANAM..













Gambar2 berikut di bawah diambil di Tamu Liwagu...













#RanauDiHatiku
Photos original by Blog Owner..

Bahaya Susu Formula Terhadap Bayi -By Dr. Suriyakhatun

Pembantu saya tanya. "Kenapa doktor marah pesakit tadi?"

Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula  banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah, dan anak ini eczema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun.  Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.

Cuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.

Susu formula adalah makanan  yang timbulkan acid ash , nasi putih pun sama dan telur pun sama.  Darah kita perlu ph 7.35-7.45 dan tidak boleh lari dari ph ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan . Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan ph begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan ph darah. Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash  tanpa di imbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash ? Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula  juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan .

Apakah makanan yang perlu untuk imbangkan? Perlulah makan buah dan sayur dan jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah,  zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.

Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit , tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat . Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak ?

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3195546/

http://www.foodandnutrition.org/May-June-2016/Alkaline-Diet-Does-pH-Affect-Health-and-Wellness/

#suriyapemakanan

Antara komen2 menarik tentang artikel diatas..

Dr. Suriyakhatun ;Saya membaca comments dibawah posting tentang susu formula lebih dari 2 tahun dan dapati ada ramai yang berkata mereka tidak faham apa yang saya tulis .
Saya cuba fikirkan kenapa pula ada yang tak faham mesej yang cukup jelas bahawa susu formula bukan makanan semula jadi, ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya "lactose intolerance serta cow's milk protein allergy" serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus .
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar
Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya electolyte yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu .
Ini antara masaalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan .
Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun .
Salah faham tentang susu mungkin timbul dari iklan tv .Iklan tv tidak semestinya mengutarakan fakta ..

As Naim Wan :
Susu formula sebabkan anak kenyang.bila kenyang anak tak nak makan makanan khasiat lain terutamanya sayur & buah.

Anak saya tak diberi susu formula dan senang makan.berbeza dengan anak saudara yang disogok susu formula yang mana sangat susah untuk makan dan opahnya kerap merungut mengatakan cucunya susah makan.bagaimana nak makan kalau dah kenyang dengan susu formula yang lemak berkrim dan manis itu?

Anak juga akan senang makan 'real food' jika diajar dari kecil.jangan disogok anak dengan processed food, fastfood,coklat, jajan dll kerana makanan2 itulah menyebabkan anak tak nak makan real food dan susah makan.

Danial Hafizan ; Ingat pernah Ada kes kandungn susu formula yg beracun Dan merbahaya suatu Masa dahulu...ianya adalah DR jenama yg berzaman Dan ternama...tapi APA Sudah jadi??

Ank yg berumur 2thn keatas dpt makan dgn sempurna utk mengurangkn kadar minum susu...jadilah parents yg bijak..rajin n Kreatif dlm penyediaan pemknan n nutrisi ank2 yg seimbang

Semasa Saya d hospital pedieatrik kl...kesian berbg2 n bermcm2 penyakit ank2 Zaman sekrg...begitu juga ditaska...kadang2 jesian ankh yg ibubapa sibuk bekerja n Masa ank2 dtgn org lain...

BG taska yg berdaftar..pemknan nutrisi Ank anda selamat kerana mereka dipantau oleh jab.perlesenan Taska/Tadika...n selebih Dan utamanya adalah ditgn ibubapa itu sendiri...

Ingat pemakanan DR dumber tenusu beryogurt utk pghadaman knk2 juga amat merbahaya PD usus...rajinkan penyediaan pmknan pghadaman utk Ank and a DR dumber sayuran n buah-buahan

Sharing is caring..

Fariza Fauzi ; Susu kambing ke lembu ke kalau dh jd tepung maknanya susu fm lah. Anak lepas 2 tahun galakan minum guna gelas/cawan dan stop guna botol. Doc maksudkan stop susu fm which is boleh ganti dgn freshmilk mcm farm fresh ka marigold ka.. dan juga makanan pejal ikut nutrisi yg betul. Anak akn mmbesar dgn sihat, otak pun cergas. Parents kena jd rajin utk galakan anak mkn makanan berzat. Pelbagaikan mknan mereka insyaallah mereka akan suka makan.

Azrene Rinie ; Terima kasih Dr,atas ilmu yg dberi. Annk sulung saya memang susah nk makan.nasi sesuap dua aje..roti pun 2 3 gigit je..sayur memang tak makan.dai byk minum susu..dulu sy beri susu yg mahal. But bila dia dah masuk 3 thn sy tukar susu yg biasa dgn niat agar dia kurang susu n mula makan..tapi hasilnya masih sama.cuma dia akan makan bila mood makan dia ada..then baru la dia makan byk..sy dah tak tahu mcm mana nak buat agar dia nk mkn n stop susu..now dia 4 thn..ank sy ni ada history kanser pundi kencing..boleh kan Dr suggest any solution utk sy?Thanks in advanced..

Hamdan Rashid ; Mari kita lihat 10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu.
1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.
3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
berminat bleh wasup 019- 9638467
berminat bleh wasup 019- 9638467
berminat bleh wasup 019- 9638467
♡♡SAYA PENGGUNA SETIA LAZZ SUSU KAMBING♡♡

Eyqa Azuan ; Alhamdulillah,terima kasih doc atas perkongsian yg diberikan..ilmu yg sngt berguna..Dan supaya persekitaran membuka mata dgn apa yg dikupaskn oleh doc..ank sulong sy perempuan.skrg dh 3tahun,bert dia hanya 10kg full bf sampai 2tahun,so far anak sy cukup aktif,giginya pun sngt cantik,pembuangan pun hari2...tetapi,Sy selalu di ejek selalu ditanya pelbagai soalan dan tomaham sebb anak saya kecik,x bg makan ke?sbb ape kecik sngt?kdg2 saya sebagai ibu mmg teramat stress..Tetapi anak sy kuat makan sayur,buah,daging,ayam,nasi...Antara nasi dan sayur mesti dia akan pilih sayur dulu..sy pun search laaa pak google tentang susu formula dan kelebihan anak yg x isap susu formula tetapi lebih kn real food..start pd tu org yg selalu tnye soalan2 yg x ptt tu pd sy,sy akn bantai balik nape yg dia org tnye tu...serius mmg kdg2 tertekan selalu di ejek ank kcik xcukup makan..kdg2 rase je nk lempang mulut yg banyk songeh tu..

Terima kasih

Sumber : fb Dr. Suriyakhatun

Sabtu, 17 Jun 2017

Ketahuilah.. JPJ tak ada hak menghalang anda RENEW ROADTAX walaupun anda ada saman

K
etahuilah.. JPJ tak ada hak menghalang anda RENEW ROADTAX walaupun anda ada saman

‘ RENEW ROADTAX ‘ SAMAN BUKAN PENGHALANG

7 Mac 2011 ISU SAMAN EKOR – MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.
Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.
Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.
Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.
Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 Tanda Istimewa Malam Lailatul Qadar, Malam Seribu Bulan

1.Terbitnya matahari
Matahari yang terbit pada pagi keesokkan malam Lailatul Qadar biasanya bercahaya dengan cerah tetapi lembut dan damai. Sinaran matahari juga tidak memancar dengan terik.

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahawasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Udara
Udara pada malam Lailatul Qadar sangat sejuk dan tenang.

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul Qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sinaran matahari terbit dengan sinaran lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

3. Kemunculan bulan
Menurut Nabi Muhammad S.A.W, antara tanda malam Lailatul Qadar adalah kemunculan bulan dalam keadaan separuh.

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)


4. Suasana malam
Biasanya pada malam Lailatul Qadar, malam akan terang, sejuk (tidak terlalu panas, tidak terlalu dingin), tiada awan di langit, tidak hujan dan angin bertiup lembut.

Sebuah hadith, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul Qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

5. Perasaan beribadat yang luar biasa
Bagi individu yang beribadah pada malam Lailatul Qadar, mereka akan merasakan sedang beribadat dalam kebahagiaan dan ketenangan. Ada satu perasaan tenang dan nikmat beribadat, sehinggakan ibadat berdoa dan solat yang sangat berbeza daripada malam-malam yang lain.

Semoga kita semua mendapat malam seribu bulan ini. Amin.

CP

Harapan Ramadhan..

Harapan Ramadhan; "Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda; "Akan datang nanti kepada Allah dua perkara iaitu Puasa dan Al-Quran."

"Puasa akan datang kepada Allah dan berkata; "Ya Allah. Saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau, maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini. Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah "Ya Allah. Saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini."

"Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya. Maka di ambil pemahaman oleh Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya di waktu malam hari. Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur."

"Waktu tidur itu adalah di waktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja untuk dibaca tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan; "Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya."

"Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam, kerana waktu malam itu adalah waktu orang ramai sedang tidur. Waktu malam adalah waktu yang sukar, untuk seseorang itu bangun malam. Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Bersederhanalah Kita...

BERSEDERHANALAH

SAYA cinta hidup sederhana. Tidak kata tidak miskin, tidak mewah, pokoknya sederhana.

Di rumah saya tak pilih makan asal ada, asal halal bersih dan kenyang senang hati, senang nulis senang tidur jika tak lapar.

Saya senang masak ikan guna kunyit, asam keping bubuh lada sudah cukup dan sayur kacang masak sepohon dan sesekali ikan goreng asin atau telor asin. Mudah menu saya.

Makanan dari luar saya tak minat tapi sesekali rasa tukar salera tak apa, itu biasa tapi nak duduk di warung berjam2 itu bukan cara saya kesan buang masa. Masa saya banyak di depan pc dan tekan hp. Itulah dunia saya sejak dulu sampai sekarang sampai bila2 hingga nanti mati.

Di laman sosial penuh acara buka puasa di sana sini dan ditayang segala makan minun mewah hebat dan malaikat tuhan melihat tingkah manusia di bulan puasa dan segala hewan geleng kepala.

Saya sebenar usaha menolak cara itu sebab ramai kalangan kita melupa visi niat sebenar yang namanya puasa itu.

Di bazaar ramai berbondong datang berdesak2 dan pulang dibawa bermacam makanan dan ruang tamu di rumah berbau satu macam dan masuk ke mulut di perut jadi berantakan undang penyakit keracunan dan ada mati mendadak kekenyangan macam semut mati kerana gula.

Tak kurang makanan yang dibeli dilihat di bazaar sedapnya bukan main dan sampai di rumah kesan kenyang pandang perut jadi kenyang tak habis dimakan esoknya jadi santapan rumah sampah tak hairan sampah bertambah dibulan puasa.

Tak pernah kita memikir betapa ibu tunggal, anak yatim, gelandangan, orang tua susah hidup miskin melarat?

Apakah mereka pernah merasa enak makan kfc, bubur kacang, kambing bakar, segala macam kuih yang berlambakan di bazaar ramadan?

Pernahkah kita memikirkan semua perkara dan bayang yang tidur di tepi jalan itu ayah ibu kamu sendiri?

Ya Allah ya tuhan ramadan seharusnya kita ingat semua dan itu sebab islam berzakat dan tujuannya puasa inilah antaranya.

Di arab musim puasa orang asyik solat berzikir berdoa tika dekat waktu buka puasa tapi kita dekat puasa siap janji di bazaar apa mahu dibeli dan yang suri rumah siap bikin kuih bermacam kuih konon sambut tetamu.

Ya allah ya tuhanku kenapa di sekitarku jadi begini? Aku jadi bingung dan sedih rawan hiba jadinya kesan visi puasa sebenar ramai melupakannya.

ISMAILY BUNGSU
15/7/2017
3:35pm
sembulan

Apa Itu Buli? Apa Simptom Anak Jadi Mangsa Buli Atau Mungkin Seorang Pembuli? Budaya Buli Semakin Menjadi-Jadi....

KEHILANGAN DUA PERMATA NEGARA....

Baru tadi saya menerima berita bahawa saudara T. Nhaveen (mangsa buli) telah meninggal dunia di Hospital Pinang selepas mengalami kematian otak beberapa hari yang lepas. Saudara T.Nhaveen merupakan seorang remaja yang berumur 18 tahun dan telah dibuli dan dicedarakan oleh sekumpulan remaja. Pada 22 Mei 2017 pula, seorang pelajar yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain (arwah) dari UPNM juga telah dibuli dan dicedarakan teruk oleh sekumpulan pelajar UPNM. Kedua-dua insiden ini memperilhalkan betapa teruknya insiden kes buli sedang berlaku di negara kita. Di sini, saya ingin membuat satu artikel ringkas tentang buli untuk pemahaman orang ramai.

Definisi:

Buli adalah satu tingkah laku agresif yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas seorang atau sekumpulan individu (mangsa) dengan tujuan untuk mencedarakan mangsa itu sama ada fizikal atau emosi. Lazimnya, buli adalah satu tingkah laku yang dilakukan secara berulang (repetitive) untuk tempoh yang tertentu.

Jenis Buli:

Ramai yang menganggap buli adalah berbentuk fizikal sahaja seperti memukul, menendang, menampar dsb. Sebenarya buli boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

i. Buli secara fizikal (Physical bullying)
ii. Buli secara verbal (Verbal bullying)
iii. Buli secara social (Social bullying)
iv. Buli siber (Cyberbullying)

Secara ringkasnya, contoh tingkah laku untuk setiap buli adalah seperti berikut:

Buli fizikal - memukul, menendang, menampar, mencubit atau mana-mana perbuatan yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal

Buli verbal - panggilan nama (name calling), komen-komen yang boleh menyakitkan mangsa, mengusik, mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa, memalukan mangsa secara lisan

Buli sosial - selalunya dilakukan di belakang mangsa (covert behaviour) seperti menyebarkan berita yang tidak betul tentang mangsa demi memalukan mangsa, mendiskriminasikan mangsa (tidak membenarkan untuk menyertai dalam permainan dsb)

Cyberbully - membuli seseorang individu atas talian seperti media sosial dan sebagainya.

Satu lagi bentuk buli adalah secara seksual. ia dikait rapat dengan gangguan seksual di mana pembuli membuli mangsa secara seksual seperti memegang alat sulit mangsa, meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian di hadapan orang lain, melakukan aksi lucah di hadapan mangsa dsb.

Mengapa orang membuli?

i. Individu yang suka membuli adalah individu yang mempunyai kurang keyakinan diri dan juga penghargaan kendiri. Sebenarnya mereka adalah individu yang lemah dan untuk mengatasi dirinya adalah seorang lemah, mereka akan mencari jalan alternatif untuk nampak lebih yakin dan buli adalah satu cara yang membuatkan mereka adalah individu yang kuat - penghargaan kendiri yang palsu

ii. Individu ini sering dikaitkan dengan masalah pengherotan kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapan bahawa mereka perlu mengkasari orang lain dan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka menganggap mereka adalah kuat dan orang lain tidak akan membuli mereka. Mereka sentiasa beranggapan bahawa 'kalau saya tidak membuli orang lain, orang lain akan membuli saya

iii. Individu-individu ini adalah mereka yang mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa. Mungkin cara mereka dibesarkan menjadi salah satu faktor mengapa mereka mempunyai tahap simpati dan empati yang rendah

iv. Mereka mempunyai tingkah laku anti-sosial. Anti sosial adalah satu tingkah laku di mana mereka suka membuat atau menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan norma termasuklah melanggar undang-undang. Individu yang beringkah laku anti-sosial mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan jenayah-jenayah ekstrim termasuklah pembunuhan

v. Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully)

vi. Faktor kekeluargaan - lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini. Sebagai contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuklah memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahkan konsep ini apabila berada di luar rumah. Mereka akan 'membalas dendam' dan menganggap itu adalah satu norma untuk menghukum orang lain (mangsa)

Bagaimana buli ini bermula?

Buli bermula daripada perkara yang kecil seperti memanggil nama atau mengejek nama mangsa. Itu adalah petanda awal bahawa seorang kanak-kanak itu mula menunjukkan tingkah laku membuli.

TOLONG JANGAN PANDANG REMEH SEKIRANYA ANAK ANDA SUKA MENGEJEK NAMA KAWANNNYA! Mungkin ada di antara kita (ibubapa, guru dan rakan-rakan) menganggap itu adalah perkara biasa tetapi di situlah tingkah laku membuli bermula dan akan ke tahap yang lebih teruk termasuk buli fizikal sekiranya pembuli itu mempunyai tret-tret yang diutarakan tadi.

Kadangkala, tingkah laku buli ini juga bermula dari rumah. Kita sebagai orang dewasa sering melabel seseorang dengan kata-kata yang tidak betul. Sebagai contohnya, seorang ibu atau ayah boleh melabelkan kawannya sebagai gajah sekiranya mangsa itu bersaiz besar. Apabila seorang ayah menggunapakai label gajah di hadapan anaknya, secara tidak langsung ayah itu telah mengajar anaknya untuk menunjukkan tingkah laku membuli dan anak boleh menggunakan pendekatan yang sama di luar rumah.

Simptom-simptom anak kita jadi mangsa buli di sekolah:

a. Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan kadangkala gembira)
b. Tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah (sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana beliau sering dibuli)
c. Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli)
d. Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu rehat)
e. Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul)
f. Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sangat rendah
g. Prestasi akademik merosot
h. Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja sekolah kawannya)
i. Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli secara seksual)
j. Mencederakan diri

Apa yang kita perlu buat untuk menangani isu buli?

a. ibu bapa - Pergi melawat anak anda di sekolah dan berjumpa dengan guru kelas secara berkala walaupun anak anda sedang belajar di Form 5. Sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat, anak anda akan berasa lebih yakin dan pembuli akan teragak-agak untuk membuli anak anda. Seterusnya, sila luangkan masa selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk tanya apa yang telah berlaku di sekolah sebaik sahaja anak balik dari rumah. Sekiranya anak anda teragak-agak, sila bawa anak anda ke luar dan bincang hati ke hati. Sila meyakinkan anak anda bahawa anda mampu membantu mereka dan jangan sesekali marah, menuduh atau menyalahkan anak anda sekiranya mereka dibuli. Sekiranya anda marah, mereka tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku pada mereka dengan anda

b. Guru - guru perlu memainkan peranan penting. Saya tahu ada guru yang 'compromise' dengan isu buli ini. Ada juga yang terikut-ikut dengan tingkah laku membuli kononnya dapat menjadikan individu itu lebih berani dan lebih maskulin. Jangan menganggap apabila seseorang atau sekumpulan individu membuli seorang pelajar yang bersifat lembut, ia adalah untuk menjadikan lelaki itu lebih berani dan sebagainya. Anda sebenarnya bersubahat!!! Satu lagi, sekiranya anda mendapat tahu ada pelajar membuli walaupun 'name calling', tolong ambil tindakan pantas. Sama juga sekiranya ada mangsa membuat laporan kepada anda, tolong ambil tindakan. Jangan menganggap itu adalah perkara biasa di sekolah lelaki dan sebagainya.

c. rakan sekolah - kepada pelajar-pelajar di luar sana, anda adalah satu 'support team' yang boleh membanteras isu buli ini. Sekiranya anda nampak kawan atau pelajar sekolah anda dibuli oleh sekumpulan pelajar, minta buat laporan. Jangan berdiri sekeliling dan menonton aksi buli tersebut. Adakah anda akan terus senyap sekiranya adik anda menjadi mangsa buli? tolong ambil tindakan. Kalau anda semua bersatu, kita boleh melahirkan sekolah yang 'ZERO BULLY'.

d. Pihak sekolah - Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah yang mengadakan kempen 'ZERO BULLY' di sekolah anda. Anda boleh menjemput pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala. Pastikan ceramah yang diberikan adalah efisien dan sampai kepada pelajar sekolah. Jangan buat ceramah setakat nak capai KPI tapi keberkesananya adalah ZERO.

Kepada semua yang sedang membaca artikel ini, marilah kita berganding bahu untuk membanteras isu buli ini. Buli ini boleh berlaku di mana-mana sahaja - sekolah, universiti, tempat kerja, rumah dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu bertindak segera. Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua-dua permata Mendiang T. Nhaveen dan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Saya dedicate artikel ini untuk kedua-dua permata

Al fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain
Rest in peace my dear brother T.Nhaveen

Sekian, terima kasih

Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin.

Jumaat, 16 Jun 2017

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?Hanya seketika. Hanya beberapa saat...

MICROSLEEP

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap? Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Jadi, apa yang harus dilakukan?

 BERHENTI.
 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#drafh
#microsleep
#opssikap

Pecahan Etnik Kaum Kadazandusun Di Borneo

PECAHAN ETNIK KADAZANDUSUN
Suku KadazanDusun yang berada di Sabah telah terbagi kepada lebih 25 sub-Suku/etnik,dimana setiap Sub Suku mewakili satu daerah mahupun adat tertentu di sesebuah kawasan.



Di bawah ini adalah pecahan oleh Suku kaum KadazanDusun ;
1. Dusun Bundu - mendiami Tamparuli, Tuaran,Ranau Keningau, Daerah Kecil Sook, Tambunan, Kota Belud,Penampang. ( Asal usul Bundu adalah dr Ulu Tuaran sahaja dan kini telah menyebar luas di daerah2 pantai barat dan pendalaman. )
2. Dusun Liwan - Ranau, Tambunan, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tuaran, Kota Belud, dan Tamparuli.  Asal usul Dusun Liwan adalah dr Daerah Ranau.
3. Dusun Tindal - Kota Belud, dan Kota Marudu ( Sama dialek dgn Dusun Bundu)
4. Dusun Tobilung - Kota Belud, Kota Marudu, Kudat  ( Sama dialek dgn Dusun Talantang..  X menngunakan H )
5. Dusun Lotud - Tuaran, dan Tampasuk Kota Belud
6. Dusun Kuijau - Bingkor di daerah Keningau ( Sama dialek dgn Dusun Sogilitan dipercayai dr asal 1 suku jg. Cerita lisan turun temurun.
7. Dusun Talantang Kg.Mindohuon Lama,Kg.Ponulangan, Kg.Tubau, Kg.Pudau, Kg.Kodop,Kg.Piasau, Kg.Nimabali, dan Kawiyan di daerah Ranau,Kg. Bunga Raya Keningau, Sugut dan Kota Marudu( Pecahan Talantang ialah Tuwawon,  Tagaas,  Tibabar,  Pulutan, Tolinting,  Kogosingan,  Toriwad,  Manampaka, Gana, Monindal,  Tanggal,  )
8. Dusun Rungus - Kudat, pitas
9. Dusun Labuk - Beluran dan telupid
10. Dusun Tangaa @ Kadazan Penampang, papar, Membakut
11. Dusun Tinagas - Molinsou, Karagasan,  Naradan)
12. Dusun Kimaragang - Kota Marudu dan Pitas
13. Dusun Minokok - Kinabatangan, telupid, tongod, Sook, Nandal Tmbn.
14. Dusun Sonsogon » daerah Pedalaman Kota Marudu dan beberapa area lain(berkahwin campur dengan etnik dusun lain).
15. Dusun Dumpas - kinabatangan,sugut dan sandakan..
16. Dusun Sukang - tongod,dan kinabatangan
17. Dusun mangkaak - kuamut, keramuak.
18. Dusun malapi - tongod
19. Dusun tindakon - balat kawasan hilir kinabatangan
20. Dusun Tompulung - tongod
22.Dusun sogoliton - Sama dialek Dusun  Pahu malah satu kg di miruru dan Magkadait..
24.Dusun Sandayoh»Di Paitan
25.Dusun Bira - Tana Rata Tambunan
26. Dusun Garo - Kota Marudu
27. Dusun Kujaw @ Kuriyou
28. Dusun Lotud - Tuaran
29. Dusun Tampasuk..  Blm ada nama khas setakat ni..
30.. Dusun Gana - apin-apin,dan Bingkor keningau ( Sama bahasa dgn Dusun Tatana)
31. Dusun tatana - Kuala Penyu. ( bahasa durang ada murut ada Dusun )
'...Bersama memartabatkan Budaya serta tradisi Bangsa Borneo.." (c/p)

Gambar hiasan: gambar anak penulis yang menyertai pertandingan pakaian etnik dusun di SK Pinawantai Ranau bulan Mei 2017. Akim mendapat tempat kedua kategori SK, manakala Haziq mendapat tempat pertama kategori Lelaki Prasekolah. Syabas SK. Pinawantai Ranau..

Doa bertemu malam Lailatul  Qadar yang diajar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada Siti Aisyah r.a.

Zikir Pagi & Petang

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ (1)ـ
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau

Doa bertemu malam Lailatul  Qadar yang diajar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada Siti Aisyah r.a.

اللَّهمَّ إنَّك عفُوٌّ تُحبُّ العفوَ فاعْفُ عنِّي

_" Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni "_

_"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunilah daku."_

[HR.  At-Thirmidzi]

12 Orang Yang Didoakan Malaikat :

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2) Orang yang duduk menunggu waktu soalat

3) Orang-orang yang berada di saf barisan hadapan didalam solat berjemaah

4) Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan kekosongan dalam saf)

5) Para malaikat mengucapkan amin ketika seorang iman selesai membaca Al-Fatihah

6) Orang yang duduk ditempat solatnya setelah melakukan solat

7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

9) Orang yang berinfak

10) Orang yang bersahur

11) Orang yang menziarahi orang sakit

12) Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikkan

Sumber: copypaste dari grup whatsapp.

Inilah masalahnya dengan para newbie yang baru berkecimpung dalam dunia penerbitan artikel. Jika nak kongsi sesebuah artikel samaada panjang atau pendek sila catat sumber darimana, beri kredit kepada penulis asal dan kalau dapat terus beri link yang sepatutnya. Terima kasih..

Mesej disebalik usia kita..

 MESEJ DISEBALIK USIA 
Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.
  Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
  Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
  Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.
  Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.
  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.
❤  Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.
Didoakan semoga kita semua:-
●  Diberkati usia
●  Dimurahkan rezeki
●  Ditetapkan keimanan
●  Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
●  Kesihatan yang baik
●  Berjaya di dunia & akhirat
●  Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Amiin ya Robbal alamin.