Ok teruskan cerita tanpa diduga, suatu hari rombongan kawan-kawan datang ke rumah untuk mempromosikan sesuatu. Saya bukannya tertarik dengan produk yang di promosikan tetapi saya amat tertarik dengan hasil ujian ketulenan air minuman dengan menggunakan mesin penguji air elektronik dan ditambah dengan ujian mesin elektrolisis yang mana mesin ini berupaya untuk memisahkan molekul2 air dengan benda asing.
Anda boleh melihat sendiri gambar yang saya sisipkan ini dan ternyata benda-benda asing yang larut dalam air telah timbul melalui proses elektrolisis. Sesal tak berguna dah beribu-ribu liter air dari mesin air tersebut telah saya dan keluarga saya minum…. Astagfirullahhh… Mesin cantik tetapi air tercemar…. Air mentah dari sungai Pondiruon lagi bersih dan berkualiti.
Dari meterjangka penunjuk bahan tercemar dalam air menunjukkan bacan 60 ppm air mentah Sungai Pondiruon dan bertukar kepada 70 ppm selepas dimasak dan ini mungkin disebabkan oleh pencemaran daripada cerek yang digunakan..
OKlah.. bagaimana dengan hasil ujian air mesin cantik itu ialah 140 ppm (berapa kali ganda tu). Dan diceritakan juga bahawa air paip di Kg. Tarawas lebih tercemar iaitu 310ppm. Manakala hasil ujian air di tadahan sungai Pondiruon menunjukkan bacaan 000ppm dan sememangnya air sungai ini sudah lama diiktiraf sifar bahan tercemar dan amat sangat selamat diminum dari dahulu lagi.

Wah apa terjadi.. Mana penapis yang baik?? Tentunya penapis air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) yang mana julat pencemarannya tak pernah bukan 000ppm. Amat menakjubkan… Hanya satu penapis air yang terbaikk yang pernah saya lihat..iaitu Penapis air edaran ELKEN kerana ia telah digunakan oleh lebih sejuta orang di rantau ini..(Dengan Bukti kalau nak)..dan pengiktirafan yang banyak yang tak ada pada produk yang lain…