
Semua kanak-kanak yang hadir telah disapu florida pada gigi mereka yang baik bagi mengelakkan kerosakan gigi. Memang tidak dinafikan tanggungjawab ibu bapa bagi menentukan sihat atau tidak kanak-kanak ini.
Bagi yang tak sempat hadir pada hari itu, di sini saya selitkan beberapa isi-isi penting taklimat tersebut seadanya yang saya ingat..
Tajuk : penyebab kerosakan gigi kanak-kanak bawah 5 tahun. Antara isi-isi penting dan bermanfaat yang boleh dikongsikan ialah;
Kematian disebabkan gigi ialah 7% di Malaysia
Gigi susu perlu diberi perhatian yang serius
Gigi susu penting untuk kesempurnaan rupa paras, untuk mengunyah makanan dan tapak untuk gigi kekal.
Tanggalkan segera botol susu yang dihisap oleh kanak-kanak selepas menyusu kerana boleh mengakibatkan kerosakan gigi.
Selepas kanak-kanak tersebut memakan gula-gula atau makanan manis, segera beri minum air suam atau air minuman bagi mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Florida, boleh membantu mencegah keretakan gigi dan gigi berkarat.
Listerin dan yang sewaktu dengannya tidak sesuai untuk gigi sensitive, boleh meretakkan gigi.
Bagi orang dewasa yang telah retak gigi dan tunggul gigi telah dilitupi oleh kulit atau gusi, tunggul gigi perlu di buka segera. Bakteria sedang aktif memakan tunggul gigi tersebut hinggalah tibul masalah yang lebih serius, ada pesakit yang mengalami mulut yang teruk dan berlubang hingga menembusi dagu akibat nanah dan bakteria tersebut.