
Kedua-dua pasangan adik-beradik itu terkejut dan segera menjauhi empat tersebut sebelum menelefon pihak polis. Sejurus kemudian pihak Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau bergegas ke tempat tersebut dan menutup tempat tersebut agar tidak diceroboh oleh sesiapa sebelum siasatan selesai.
Setelah beberapa fail disemak, terdapat satu kes kehilangan orang yang berasal dari Kg. Nopung Ranau pada tahun 2007 iaitu Si Yaguk anak kepada En, Aramat. Pihak polis segera menghubungi keluarga Si Yaguk dan bersetuju untuk melihat dan memastikan rangka manusia tersebut adalah anaknya yang hilang beberapa tahun lalu. Sah, rangka tersebut adalah anak mereka berpandukan pakaian dan beberapa barang kepunyaan anak mereka yang dapat dicam di tempat penemuan tersebut.