Sabtu, 19 Jun 2010

Tahukah anda?? (2)

1. Percayakah kamu bahawa dalam tempoh 24 jam air liur mampu terhasil sehingga 1 liter. 

2. Perkataan dollar berasal dari kerajaan Rom. 

3. Pada tahun 1822 orang Perancis memperkenalkan mesin Espresso yang pertama. Dan kemudian diperbaiki dan diperhebatkan lagi penghasilannya oleh orang Italy. 

4. Secawan espresso mengandungi kandungan kafein lebih rendah berbanding dengan secawan kopi. 

5. Tiada seorang pun yang mengetahui siapa sebenarnya orang pertama yang mencipta cermin mata. 

6. Permainan yoyo yang popular di kalangan kanak-kanak berasal dari senjata yang digunakan di Filifina. 

7. Maksud perkataan Seol dalam bahasa Korea ialah ‘ibu negara’. Seol juga merupakan ibu negara Korea. 

8. Sebatang pensel mampu menulis sebanyak 50,000 perkataan atau melakar satu garis lurus spanjang 56km. Di Amerika sahaja, sejumlah dua billion batang pensel dihasilkan setiap tahun. Sekiranya jumlah pensel ini dihimpunkan dengan membuat satu garis lurus, ia boleh menghasilkan bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali. 

9. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya infra-merah dan ultra-ungu. 

10. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia. 

11. Sebanyak 54 otot dalam tubuh terpaksa digerakkan untuk satu pergerakan maju kehadapan. 

12. Dengan menjilat tepi bibir cawan atau gelas sebelum minum, boleh mngelakkan kesan lipstik tertinggal pada cawan atau gelas yang kamu minum.