Radiasi boleh menyerang beberapa bahagian badan. Simptomnya berubah bergantung kepada tahap dan tempoh pendedahan. Kesan radiasi kepada tubuh manusia sebagaimana berikut :-
Bahagian Badan | Kesan Radiasi |
1. Kepala | Rambut gugur |
2. Kawasan mulut | Radang mulut/tekak, ulser, pendarahan |
3. Otak | Sakit kepala, pening, lesu, pengsan, lemah |
4. Kelenjar Tiroid Mengembang | Tiroid menyerap radioaktif, menyebabkan risiko barah yang tinggi terutama bagi kanak-kanak. |
5. Jantung | Degupan jantung meningkat, radang jantung dan sakit dada |
6. Paru-paru | Bronkitis, radang, fibrosis menyebabkan nafas pendek dan batuk kering |
7. Perut | Loya, ulser, pendarahan dalaman, muntah, cirit-birit |
8. Usus besar / kecil | Ulser, pendarahan dalaman, najis berdarah, ciri-birit |
9. Sum-sum Tulang | Pengurangan sel darah putih sehingga 50% dalam tempoh 48 jam – meningkatkan risiko jangkitan |
10. Darah | Pendarahan dalaman, anemia, tompok darah di bawah kulit, bilangan platlet berkurangan |
11. Kulit | Terbakar, radang, kulit menggelap secara kekal, lebam, melepuh, tertanggal, pendarahan |