SEGAMAT - Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan getah beku bagi teknologi penurapan jalan raya melalui kaedah Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA).
Ia adalah campuran yang terdiri daripada Cup Lump Modified Binder (CMB) dan batu baur (aggegate).
Kajian bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak dua tahun lepas mencapai fasa baharu dalam teknologi campuran getah dalam campuran asfalt selepas diperkenalkan lebih 60 tahun lepas.
Jalan Persekutuan FT 001 dari Kampung Desa Bertemu Jodoh hingga ke Kampung Kwong Sai bakal melakar sejarah apabila terpilih sebagai lokasi pertama projek penggunaan CMA sejauh 10 kilometer yang dijangka dimulakan Ogos ini.
Projek perintis ini juga akan membuka lembaran baharu terutama kepada 440,000 orang pekebun kecil getah di Malaysia apabila penggunaan getah beku dalam negara dapat ditingkatkan.
Ini akan membantu menstabilkan harga getah yang dibelenggu harga rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini seterusnya memberi pulangan pendapatan yang lebih tinggi kepada pekebun.
Dijangkakan sebanyak 4.2 tan getah beku digunakan untuk satu kilometer jalan yang dibina.
Cp