Sabtu, 19 Jun 2010

Asap Rokok Boleh Menjejaskan Kepintaran Kanak-Kanak.

Penyelidikan oleh Pusat Kesihatan Persekitaran Kanak-Kanak di ‘Cincinnati Children’s Hospital Medical Center’ Amerika Syarikat mendapati bahawa kemahiran membaca, matematik, logik dan pemikiran akan menurun akibat terdedah kepada asap tembakau. 

Ia adalah berkaitan dengan nikotin dalam darah. Nikotin datangnya dari asap rokok. Satu bahan yang dipanggil ‘cotinine’ akan dihasilkan oleh badan apabila ia menguraikan nikotin. 

Penyelidikan secara ekstensif di Amerika Syarikat ke atas 4,399 orang kanak-kanak pada Mei 2002, telah menunjukkan bahawa asap rokok boleh menjejaskan kemahiran pembelajaran kanak-kanak. 

Ujian-ujian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 6 hingga 16 tahun membuktikan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran asap rokok memperolehi markah yang lebih rendah dalam kemahiran membaca, matematik, pemikiran dan ingatan. Lebih banyak ‘continine’ yang terdapat dalam darah mereka, lebih rendah markah yang mereka perolehi. 

Asap rokok meracuni badan semua orang, yang merokok mahupun yang tidak merokok. Setiap sedutan boleh mengancam nyawa. Masanya sudah tiba untuk kita memberikan tumpuan serius kepada tabiat merokok. Kementerian Kesihatan Malaysia.