Sabtu, 19 Jun 2010

Inginkan Kulit Yang Sihat?

Kenali beberapa jenis makanan yang mempunyai potensi bagi memperbaiki keadaan kulit agar lebih sihat dan kelembapannya terpelihara. 

Vitamin A Sumber vitamin ini boleh diperoleh daripada lobak, kentang manis, brokoli, bayam, kangkung dan sayuran hijau yang lain. Selain itu vitamin A juga berfungsi mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. 

Vitamin E Ia berfungsi untuk mengekalkan ketegangan pada kulit malah jerawat juga boleh berkurangan. Pada masa sekarang ini kamu tak perlu lagi risau kerana makanan yang berunsurkan kekacang seperti kacang ‘almond’, dan ‘hazelnut’ sebagai makanan ringan tidak akan membuatkan jerawat tumbuh di wajah. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com). 

Ikan Ikan mengandungi sejenis minyak yang dapat menjaga kelembapan kulit. Oleh itu lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai protein yang tinggi agar kesihatan kulit tetap terpelihara. Rumput Laut Ia telah terbukti banyak mengandungi Omega 3 yang dapat menjaga kesihatan kulit. Dinasihatkan agar menjadikan ia sebagai makanan tambahan di waktu pagi sebagai sarapan. 

Untuk memperolehnya, kamu boleh mendapatkan rumput laut yang telah dikeringkan di mana-mana pusat membeli-belah.