
Jangka hayat wanita ‘kebiasaannya’ lebih panjang berbanding lelaki. Makin lama kamu hidup maka makin besarlah jumlah dana yang harus kamu peruntukkan untuk membiayai perbelanjaan kamu di hari tua kelak.
Wanita lebih kerap berhenti kerja berbanding lelaki. Wanita memang rela meninggalkan pekerjaan demi kehidupan rumah tangganya. Perkara ini pastinya mempengaruhi perbelanjaan kewangan harian kamu.
Jumlah kaum wanita yang melabur adalah lebih kecil berbanding lelaki. Misalnya dalam sesuatu pelaburan, kebiasaanya kaum wanita lebih gemar memilih risiko yang lebih kecil. Hakikatnya, lebih kecil risiko maka lebih kecil pula hasil pelaburannya itu.
Wanita juga lebih kerap bertukar-tukar kerja berbanding lelaki.
Wanita lebih ramai yang memerlukan dana untuk kesihatan. Pelbagai jenis penyakit yang boleh menyerang wanita, dan perkara ini harus diambil serius dari sekarang.