1. Sesuaikan warna alas bedak dengan warna kulit agar riasan secara keseluruhannya nampak semula jadi. Untuk memilih warna alas bedak, sebaiknya dilakukan di bawah cahaya yang terang.
2. Tentukan jenis teksturnya dan sesuaikan dengan jenis kulit serta konsep riasan yang kamu inginkan.
3. Sapukan bedak asas pada wajah dengan cara menitikkan sedikit demi sedikit pada wajah. Cara ini dapat mencegah sapuan alas bedak yang berlebihan sehinggakan wajah nampak seperti topeng. Fokuskan di bahagian kulit yang warnanyanampak tidak rata. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com).
4. Langkah selanjutnya adalah meratakan bedak asas dengan jari atau span khas dengan gerakan memutar. Sebaiknya mulakan sapuan dari bahagian tengah wajah sehinggalah ke bahagian atas. Pastikan ia nampak rata dan tidak bercapuk.
5. Jangan lupakan bahagian leher kamu sekiranya kamu memakai baju yang terdedah di bahagian leher.