Sabtu, 19 Jun 2010

Kopi-Meningkatkan Risiko Keguguran

Dalam sebuah kajian yang dibuat di Sweden, Amerika Syarikat telah menemui bukti bahawa satu hingga tiga cawan kopi Amerika dapat meningkatkan risiko keguguran sehingga 30%. 

Tiga hingga lima cawan meningkatkan risiko mengalami keguguran pada enam hingga 40%. Lima cawan atau lebih mendorong risiko tersebut lebih dari dua kali ganda. Penelitian tersebut melibatkan 562 wanita di usia 12 minggu kehamilan. 

Orang Sweden sering kali minum kopi yang lebih pekat dibandingkan dengan orang Amerika. Secawan kopi Sweden biasanya mengandungi 180 miligram kafein, sementara secawan kopi Amerika hanya mengandungi 100 miligram kafein. 

Penelitian yang dijalankan oleh Dr. Sven Cnattingius dari Karolinska Intitute ini turut memfokuskan pada wanita di awal masa kehamilan, ketika kebanyakan kes keguguran berlaku. Jadi hindarilah kopi paling tidak, sepanjang tempoh kehamilan. Secawan kopi pun sudah meningkatkan risiko keguguran. 

Terdapat juga sejenis minuman tidak bergula yang terdapat di pasaran sekarang ini yang mana kandungannya adalah 100% kafein iaitu Pepsi-max. ia sesuai diminum oleh mereka yang menghindari dari kalori dan gula, ia tetap berasa manis tepai kandungan kafeinnya agak tinggi dan tidak sesuai diminum oleh wanita yang sedang hamil.