Sabtu, 19 Jun 2010

Kenapa Takut Dengan Kuning Telur?

Ramai yang menghindari bahagian kuning ketika menikmati telur kerana takut kadar kolesterol meningkat. 

Kuning telur sememangnya mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Telur seberat 70 gram, dikatakan mengandungi 213 mg kolesterol. Namun, mengambil sebiji sebenarnya masih di bawah tahap yang okay, iaitu 300mg/hari. 

Menurut satu kajian di Universiti Harvard, dengan mengambil telur secara berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Kenapa? Ini adalah kerana dalam telur juga terdapat zat gizi seperti antioksidan, vitamin B dan asid folik yang dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. 

Tetapi, kolesterol dalam darah juga dapat direndahkan dengan kandungan lemak telur yang dapat membawa kolesterol baik, iaitu ‘hight density lipoprotein’ (HDL) yang bersifat mencegah penyempitan pembuluh darah dan amat baik bagi jantung. 

Jadi kalau selama ini kamu cenderung untuk menghindari telur kerana ‘takut’ pada kadar kolesterol kuning telur, sebaiknya fikir dua tiga kali kerana manfaat kuning telur ternyata bagus untuk tubuh. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com).