Boleh jadi disebabkan banyaknya bakteria yang ada dalam tubuh dan kebiasaan buruk yang sukar ditinggalkan.
Biasanya ada banyak faktor penyebab tubuh mudah dihinggapi berbagai bakteria yang membawa penyakit, di antaranya adalah kebiasaan buruk yang anda jalani.
Meskipun kebiasaan itu kelihatan agak remeh, namun ia boleh mengakibatkan gangguan pada kesihatan Anda. Ada baiknya jika kebiasaan buruk itu dihentikan.
Kebiasaan buruk apa yang boleh menimbulkan penyakit? Semak paparan yang dikutip dari webMD berikut:
1. Tidak mencuci tangan setelah ke tandas/bilik air. Mungkin Anda pernah mendengar jika 'air seni steril' kerana itu anda menganggap tidak perlu untuk mencuci tangan setiap kali selepas membuang air kecil. Meskipun itu memang benar, namun tetap saja anda harus mencuci kedua tangan hingga bersih. Ada aktiviti lain seperti menyeka, membilas, dan menyentuh pemegang pintu — semua itu dapat menyebabkan kontaminasi silang kuman penyakit yang membuat tubuh dihinggapi penyakit.
2. Biasa mencuba contoh makanan yang ada di pasar raya. Untuk alasan yang sama, anda tentu tidak ingin bersentuhan dan bahkan memakan makanan yang mungkin sudah terpegang oleh tangan-tangan asing yang belum tentu bersih bukan? Kerana itu sebaiknya tidak memasukkan tangan anda ke dalam mangkuk atau toples makanan sample yang ditawarkan di gudang beli-belah atau pasar raya.
3. Menutupi batuk dengan tangan. Kebanyakan orang menutupi batuk dengan kedua tangannya. Jika anda cenderung melakukan ini, cobalah melakukannya dengan cara lain. Ketika anda batuk tutupi dengan lengan atau sudut siku dan bukan tangan anda. Cara ini selain lebih sopan, juga membantu melindungi orang lain yang memiliki sistem imun lemah dari kuman-kuman penyakit yang anda sebarkan ketika batuk.
4. Sering menggosok mata Anngaplah bahawa kedua-dua mata anda sebagai sesuatu yang suci dan tidak boleh disentuh. Latihlah diri anda sendiri untuk tidak menyentuhnya dengan jari-jari dan tidak menggosokan atau mengotorinya dengan make up mata ,setidaknya hingga anda mencuci kedua-dua tangan anda terlebih dahulu. Sekali saja anda menyentuh kedua mata dengan tangan-tangan kotor, maka anda langsung menyebarkan semua jenis bakteria berbahaya dan bermacam-macam virus, yang dapat menyebabkan infeksi serius dan mengganggu.
5. Biasa disentuh dan dijilat haiwan peliharaan. Pastikan anda selalu mencuci kedua tangan setiap kali anda bersentuhan dan berdekatan dengan haiwan kesayangan anda tersebut kerana air liur atau kotoran yang dikeluarkan oleh binatang-binatang itu tidak hanya menjijikan tapi juga membawa bakteria berbahaya seperti MRSA yang boleh menular kepada anda.