Selasa, 17 Ogos 2010

Atasi Keguguran Rambut

Memiliki rambut sihat dan cantik menawan, jika tidak dijaga, boleh berakhir dengan keguguran. Sebelum itu terjadi pada anda, kenali dulu perkara yang membuat rambut anda gugur! 

Ada banyak faktor yang mengakibatkan rambut jadi kusam dan gugur. Jika setiap hari rambut mengalami keguguran dengan jumlah di atas 50 helai sehari, maka Anda patut waspada. Apalagi kalau keguguran yang terjadi mencapai 100 helai/hari. Ini merupakan tanda awal dari kebotakan. Anda tentu tidak mau sampai botak, bukan? 

Sebelum menyelesaikan masalah ini anda harus tahu dulu jenis kebotakan dan keguguran seperti apa yang anda alami. Kebotakan kerana Hormon Kebotakan ini disebabkan oleh hormon androgen atau alopecia androgenic, biasa dialami oleh kaum lelaki. 

Tapi jangan senang dulu, kerana masalah ini juga boleh terjadi pada wanita terutama dalam masa menopause. Kebotakan Setempat Kebotakan ini disebut juga alopecia areata, iaitu keguguran yang terjadi terutama pada wanita yang sedang hamil, pasca demam tinggi atau pasca pembedahan dan penyakit kronik. Penyakit kronik ini biasanya berupa jamur dan bakteria pada kulit kepala, pengurusan rambut yang salah, dan penggunaan ubat-ubatan. 

Apabila keguguran telah mencapai ketiga kondisi di atas, maka penanganannya harus ditangani oleh doktor pakar. Penggunaan bahan-bahan kimia yang salah malah akan semakin memperparahkan kondisi rambut dan tentunya anda harus bersabar kerana perubatan itu akan bertahap dan memakan waktu yang lama. Tetapi, demi rambut tebal, indah dan berkilau, mengapa tidak?