Rabu, 18 Ogos 2010

4 Tips Hindari Stress Khusus Untuk Wanita Berkerjaya

Wanita berkerjaya, memang sangat mudah menghadapi stress yang berpanjangan. Rasa bersalah dan stress biasa menghantui setiap wanita pekerja. 

Kerana pekerjaan dan tugas sebagai seorang isteri dan ibu menjadi momok yang kerap menimbulkan stress berpanjangan. 

Namun tanpa disedari, rasa bersalah kerana tidak dapat selalu berada di sisi anak dan meninggalkan mereka dengan orang lain serta tuntutan pekerjaan membuat banyak wanita stress. 

Hal ini tidak perlu terjadi, jika mengetahui beberapa langkah jitu mengatasi stress pekerjaan dan rasa bersalah terhadap anak dan keluarga. 

Menurut Sarah Wassner Flynn, pengasuh rubrik konsultasi di penerbitan majalah di New York, dan juga penulis The Book of Happy Things, ada empat langkah yang boleh ditempuh untuk mengatasi stress pekerjaan dan rasa bersalah. Berikut paparannya seperti dikutip dari Connectique, 

1. Biasakan berbagi dengan suami Meskipun kedua orangtua bekerja, ramai dari kaum lelaki menganggap mengurus anak adalah tanggung jawab isteri. Pandangan ini harus diubah. Kerana anda pun harus mulai mempercayai suami dalam mengurus anak. Mereka pun boleh diandalkan jika anak-anak sakit dan anda tidak boleh meninggalkan urusan tempat kerja. Intinya, mengurus anak adalah tanggung jawab bersama. 

2. Buat jadual kerja yang fleksibel Jika merasa sangat stres dan benar-benar sibuk untuk menjalani full time working mom, cuba usulkan kepada atasan untuk mengatur jadual kerja Anda, seperti: bekerja 4 hari dan 1 hari bekerja dari rumah. Tentu saja hal ini mempengaruhi pendapatan Anda, tapi jika dapat memberikan keseimbangan antara karier dan anak-anak, mengapa tidak? Namun, jika perubahan jadual tidak memungkinkan, anda boleh mencuba memberikan satu hari khusus kepada anak-anak dengan cara mematikan laptop, atau telefon bimbit. 

3. Fokus terhadap tujuan anda Ketika berada di pejabat, anda berharap tidak harus bekerja dan berada di rumah dengan anak-anak? Tentunya pernah. Tapi, cuba teka? Anda yang terbiasa bekerja di pejabat tidak akan merasa lebih puas dengan berada di rumah sepanjang waktu. Menurut Dr. Leon Hoffman, Direktur Pacella Parent Child Center, di Manhattan, New York, ramai ibu bekerja berharap mereka ada di rumah dengan anak-anak mereka, namun ketika berada di rumah, mereka berharap ada di tempat kerja. Intinya, menjadi ibu memang bukan pekerjaan mudah, dalam sisi manapun (baik ibu bekerja atau ibu rumah tangga). Namun jika memiliki perspektif dan yakin akan alasan mengapa melakukan ini semua, anda dapat melewati setiap hari tanpa harus merasa bersalah. 

4.Anak-anak adalah ubat anti stress Jika selama ini kuatir bahawa anak-anak akan tumbuh menjadi nakal kerana kurang perhatian, maka anda boleh bernafas lega. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa anak-anak yang dititipkan ke penitipan anak berisiko kecil memiliki sikap merosak. Ini membuktikan keabsenan seorang ibu tidak memberikan pengaruh pada perilaku anak. Bahkan menurut Ellen Galinsky, Direktur dari Institut Keluarga dan Karir di AS, lebih ramai anak yang menginginkan orangtua mereka memiliki kesibukan namun menyempatkan diri untuk mereka, dibanding harus bersama mereka selama 24 jam setiap hari. Dalam tulisannya dalam The American Psychoanalyst, Ellen menjelaskan,”Bukan berarti anak-anak tidak peduli dengan waktu anda. Tapi mereka ingin orangtua mereka tidak stress dan lebih mengutamakan kualiti masa anda dan mereka bersama.” Jadi, jangan terlalu mengkuatiri berapa banyak waktu yang anda habiskan bersama anak-anak, namun lebih fokuskan pada kualiti dari waktu yang ada ketika anda bersama anak-anak. 

Selamat mencuba! ;-)