Isnin, 9 Jun 2014

Apa Peralatan Yang Perlu Ada Dalam Kereta Setiap Masa?

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatu.. Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semua pengunjung setia blog ini..

Hari ini saya ingin membuat senarai tool kit atau peralatan tangan yang perlu ada dalam kereta saya setiap masa. Pergi kemana-mana pun masih yakin dan tenang.

Inilah dia apa yang selalu aku bawa dalam kereta mengikut keutamaan dari no.1 dan seterusnya..

1. TAYAR SPARE
Setiap kenderaan wajib mempunyai sebuah tayar simpanan dan seharusnya mempunyai rim yang serupa dengan 4 buah rim yang kita sedang gunakan. Amu nopo di bogia haro tayar spee omm bungohon nondi bogia oii. Basug noh nadalaan. Pastikan tayar simpanan tersebut cukup angin dan tersimpan dengan rapi.

2. JEK DAN ALAT PEMBUKA TAYAR..
Kedua-dua perlatan ini juga wajib ada. Standardly semua kenderaan sudah disediakan dengan kedua-dua peralatan tersebut. Melainkan jika ditanggalkan oleh pemilik kenderaan tersebut.

3. SATU SET SPANAR JENIS HUJUNG TERBUKA DAN TERTUTUP

4. SPANAR BOX ATAU SPANAR RING

5. SEPASANG PEMUTAR SKRU RATA DAN PHILIP BESAR DAN SEPASANG YANG KECIL

6. PLAYAR GABUNG

7. PLAYAR HUJUNG TIRUS

8. SET FIUS YANG SESUAI
Sekurang-kurangnya ada dawai fius kecemasan yang berukuran 5 amp. Boleh dibeli di kedai elektronik. Dawai tersebut boleh digabung menjadi 10 amp, 15 amp, 20 atau 30 amp mengikut keperluan.

9. BELTING ASAL YANG TERPAKAI
Kegunaannya adalah apabila belting putus ditengah jalan, kita masih boleh pasangkan semula belting lama buat sementara.

10. BRAKE PAD LAMA DAN MASIH TEBAL.
Brek pad tercabut atau tertanggal sendiri. Walaupun jarang berlaku tetapi sekurang-kurangnya ada 'first aid kit' untuk sistem brek kita.

11. BRAKE / CLUTCH LIQUID
Sekurang-kurangnya botol kecil, tak perlu banyak sangat nanti kereta keberatan.

12. PAM ANGIN MINI..
Benda ini hampir2 tidak diperlukan apalagi tayar yang digunakan adalah tayar tubeless.

13. TUBELESS REPAIR KIT..
Alat untuk menampal tayar tubeless, boleh digunakan jika terdesak.

14. BAJU RAINCOAT DAN DUA PASANG PAKAIAN BIASA..
Diperlukan dalam situasi yang perlu seperti membaiki kerosakan pada musim hujan, semestinya pakaian kita akan basah. Apa lagi kalau tiba-tiba perlu menginap di sesuatu tempat.

15. PERALATAN SHOLAT
Sejadah, kain pelikat dan telekung. Sholat itu wajib walaupun kita terperangkap dalam tangki najis.. Tidaklah sampai ke lubang najis, tapi bila kereta mogok buat hal, bolehlah sholat di mana-mana.

16. STOK SKRU, BOLT NAT, TIE CLIP, WASIR, CLUMB, DAWAI PENDEK, TALI, SOLYTAPE, DOUBLETAPE, GAM EXPRESS, ETC
Berguna terutama apabila bumper jatuh, atau apa-apa komponen yang memerlukan bahan2 seperti ini. Contohnya bila berlaku kemalangan kecil.

17. AIR MINUMAN, ROTI/BISKUT, MAKANAN SEGERA, KOPI SEGERA, PISAU, PEMETIK API, DLL

18. TALI PENGIKAT BARANG-BARANG DAN PLASTIK PEMBALUT
Sesuai untuk kereta yang mempunyai truck seperti Triton, dmax, vigo, frontier, navara, invader dll. Tali itu juga boleh digunakan untuk towing semasa kereta masuk parit, terkubur di jalan yang becak dan sebagainya.

Lain pula ceritanya untuk kereta lama. Kereta yang lama ni kadang2 banyak songehnya. Dah baiki minggu ni, minggu depan buat hal lagi.. jadi beberapa peralatan harus dibawah bersama2 selalu kemana sahaja destinasi..

1. Alat ganti seperti tyrod in, ball join, universal join atau kapling yang selalu meragam. Sekurang2nya ada getah tiub untuk mengikat bahagian tyrod in atau balljoint yang terlepas.

2. Minyak pelincir, bagi kereta lama yang 'kuat makan motor oil'.

3. Brake kit, seperti gasket piston brek yang kadang2 buat hal ditengah jalan. Sekurang2nya ada paku dua inci yang digunakan untuk menyumbat saluran brek ketika kecemasan.

4. Gris dan rubber gris. Ada masanya ia sangat diperlukan.

5. Kertas pasir, wayar, bulb dan sebagainya.

6. Jumper - untuk menghidupkan enjin secara menjumper batri dari kereta lain.