Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Jun 2014

Gambar/Cerita: Pengalaman Aku Diserang Appendiks!!




Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatu..

Hari ini genaplah seminggu pasca pembedahan Appendiks yang saya tempuhi 13JUN yang lalu, di Hospital Ranau. Artikel ini hanya sebagai memperingati kisah-kisah sepanjang aku berada di Hospital Ranau. Kepada pihak Hospital, jutaan terima kasih kerana merawat aku hingga aku sembuh, terutama staf-staf di wad pesakit lelaki yang sangat2 prihatin semuanya, dan maaf kerana mengambil gambar di kawasan Hospital tanpa izin... ngeeee... p.n.w... :)

Nama aku, Hamsun Bin Masan, bekerja sebagai guru, peladang, peniaga dan macam2 lagilah (all in 1),
aku bertugas di SKK-SK. Perancangan Ranau, dan membuka kebun dan perniagaan di sekitar daerah ini. Aku mula merasa seperti sakit gastrik pada 10hb Jun, tapi mengganggapnya ringan. Aku memang ada rasa sakit gastrik tetapi dah biasa..

Pada 11hb Jun 2014 saya mengalami kesakitan perut yang luar biasa di bahagian tengah, dimasukkan di Wad Kecemasan Ranau pada jam 4.00 pagi, dan di benarkan pulang ke rumah pada jam 1.30 petang. Mungkin kerana bisa ubat penahan sakit yang disuntikkan, saya tidak merasa sakit apa-apa. Saya hanya disahkan mengidap gastrik. Ubat gastrik yang dibekalkan cukup baik kerana menyembuhkan gastrik atau dugal saya dengan cepat.


Malamya, sakit di bahagian abdomen sebelah bawah kanan mulai terasa, pergi ke rumah tukang urut kampung, dan sakit reda sedikit, tetapi masih ada sedikit denyut2.

13Jun2014, hari Jumaat yang berkat, sepanjang masa ini sakit amat terasa..dari pagi ke petang, membawa kepada pembedahan appendicectomy. Jam 4 petang hari ini, saya dimasukkan semula ke Wad Kecemasan Ranau kerana sakit yang dialami bukan lagi kepalang. Sakit macam ditusuk pedang samurai (barangkalilah belum pernah ditikam). Ujian air kencing, ujian darah dan segala macam ujian termasuk x-ray mengesahkan saya sah mengidap appendicitis. Pembedahan harus dijalankan sebelum jam 8.00 malam.


Borang pengesahan pembedahan disogokkan dan ditandatangani sendiri oleh isteri saya yang sentiasa menemani dari mula saya masuk hospital, walaupun sedang hamil dan hampir2 bersalin.


Doktor memberi nasihat terakhir seperti berikut;

1. Pembedahan akan dibuat secara emegency
2. Sekiranya appendiks telah pecah, luka pembedahan akan ditutup dan pesakit akan dikirimkan ke Hospital Queen di KK dan lebih pakar, serta merta.
3. Pembedahan hanya akan berjaya di Ranau jika belum ada tanda2 pecah.
4. Ini yang kurang difahami oleh sesetengah orang apabila pesakit tiba2 dikirimkan ke Hospital Besar.

Saya di pindahkan ke dari Wad Kecemasan ke Wad lelaki lebih kurang jam 5.30 petang. Masa menunggu agak lama dan kesakitan semakin memulas-mulas. Dalam kondisi begini, tidak sabar rasanya hendak dibedah. Rasa sakit seolah2 seperti sebilah pisau ramboo sedang terbenam erat di abdomen bawah kanan perut aku....aduhhh..

Menjelang jam 8.00 malam, datanglah beberapa jururawat, mula-mula suruh buka semua baju termasuk seluar dalam, pakai baju khas dan topi khas, pasang saluran kencing automatik. Ni bab yang sakit sedikit, hos kencing disusuk ke pundi kencing.


Jam 8.00 malam, saya di usung ke Bilik Pembedahan, ahli keluarga tidak dibenarkan ikut ke dalam. Isteri saya mulanya dibenarkan, tetapi selepas mendapati isteri saya tengah hamil, kebenaran ditarik semula.



Di dalam bilik pembedahan, saya nampak mereka semua bersedia dengan persediaan yang rapi. Seorang pun saya tidak kenali (atau mungkin kesakitan yang amat sangat saya lupa semuanya), kata-kata terakhir yang saya ingat ialah, tidurlah engkau... (odop noh kio..podopon kondi mando...) tuuutttttt.. saya tidak sedar lagi.. Terima kasih kepada tuan2 puan2 yang bertugas di dalam wad pembedahan malam itu, saya tidak sempat ucap ponsikou kerana tidak sedar. Ponsikou tagaaayo kio..



Saya difahamkan bahawa saya masuk ke Dewan Bedah Hospital Ranau, jam 8.00 Malam dan keluar pada jam 11.50 Malam. Selepas itu dihantar semula ke Wad Rawatan, di angkat ke katil oleh beberapa orang saudara/staf dalam keadaan tidak sedar serta dipakaikan pakaian hijau tu.
Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya tersedar.. dan bermula kehidupan di dalam Wad Lelaki sehingga jam12.00 t.hari pada 17hb Jun 2014. Secara total, saya berada di dalam wad tersebut selama 4 hari.


Waktu paling sakit dan perit ialah ketika hendak bangkit dari baring, tapi Nurse tu selalu suruh2 bangun, buat exercise katanya, kalau tidak kau lambat pulang, saya cuba juga sedaya upaya.


Perkara2 yang mesti berlaku selepas pembedahan ini ialah kentut, kerana dengan kentut ia menandakan bahawa ada pergerakan usus, kerana masa pembedahanberlangsung, usus telah dibius. Saya bukan hanya kentut, malah ke tandas dan buang air besar dengan banyaknya.

Dari jam 12.00 t.hari Jumaat, hingga hari Isnin, saya tidak dibenarkan minum sedikit pun, apa lagi kalau menjamah sedikit makanan. Fuuuhh, rasanya sangat letih dan amat letih yang luar biasa, hanya berbekal air glukos biru dan merah, yang dititiskan ke dalam darah melalui hos dan jarum.



"TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA"
1. Isteri yang sentiasa taat di sisi selama saya masuk di wad, walaupun sedang sarat mengandung anak ketiga.
2. Ayah yang rajin menghantar kesana sini dengan kereta proton saganya. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, saya akan belikan kereta yang lebih baik lagi.
3. Doktor yang banyak membantu.
4. Jururawat2 yang sentiasa memberi rawatan rapi dan teliti sepanjang masa. Selalu juga dipanggil-panggil ketika memerlukan bantuan.
5. Team work yang sangat mesra di Wad Pembedahan.
6. Doktor2 dan staf nurse di Wad Kecemasan Ranau.
7. Ibu bapa dan Ahli keluarga yang sentiasa mendoakan.
8. Pelawat2 yang dimuliakan.
9. Seluruh warga Hospital Ranau.
10. Semua rakan sekerja dan bos yang memahami.
11. Semua penghuni wad yang friendly dan mesra.
12. Semua yang bercita2 untuk bertugas di Hospital samaada ingin menjadi doktor, Nurse, Pegawai Kesihatan, Pembantu Perubatan, Pekerja Biasa, Sekurity dan semuanya. kerja ini baik sangat, teruskan cita2 anda. Tanpa cita2 anda, hospital tidak akan wujud.


"SYUKUR ALHAMDULILLAH"
Syukur kehadrad Allah swt atas limpah kurnia-Nya dan inayah-Nya yang memberi kesembuhan dan memberi segala kudrad dan iradat. Rezeki sakit dan sembuh adalah semuanya dari-Nya.. Allah swt sahaja yang layak dan berhak disembah. Alhamdulillahi robbil alamiin..

Dibenarkan pulang ke rumah, T.hari 17JUN2014 hari Selasa.

Gambar seterusnya ialah Pakcik Harimin dan Pakcik Suadin Lamid yang sama-sama ditahan di Wad Lelaki.
Pakcik Suadin menghidap Malaria, manakala pakcik Harimin mengidap sesak nafas.




DIRINGKASKAN KRONOLOGINYA BEGINI:
11JUN - 4.00AM Masuk Wad Kecemasan
11JUN - 1.30PM Dibenarkan Pulang (Gastrik Sembuh)
13JUN - 4.00PM Masuk Wad Kecemasan
13JUN - 5.30PM Pindah Ke Wad Lelaki
13JUN - 8.00PM - 11.40PM Dewan Pembedahan
15JUN - Tanda2 Ada Pergerakan Usus
15JUN - Dibenarkan minum
16JUN - 9.00AM Dibenarkan Makan Lembut
17JUN - 12.00PM Dibenarkan Keluar
19JUN - 8.00AM Buka Jahitan

Sekian, terima kasih...

Tag: Apa itu Appendiks, Pembedahan Apendik, Bagaimana Appendiks Berlaku, Kesan Appendiks, Pantang Larang Selepas Pembedahan Appendiks, Apa Kata Doktor Tentang Appendiks, Artikel Lengkap Pesakit Menjalani Rawatan Pembedahan Appendiks, Appendics, Hospital Ranau, Pakar Bedah Appendiks Ranau.

Isnin, 2 Jun 2014

Masanya Aku Tukar Timing Belt Mitsubishi TRITON Sendiri


Assalamualaikum whb.... 
Fuuhhh masih sakit segala sendi mendi dan otot2 aku.. Baru kelmarin siap kerjaku yang saya fikir inilah kerja paling rumit dan paling berbahaya terhadap enjin Mitsubishi Hyper Commonrail TRITON 4X4.. Enjin yang terpasang didalam kerangka kereta ini adalah sama jenisnya dengan enjin jentera-jentera Mitsubishi yang pernah menjuarai Perlumbaan Lasak Rally di mana sahaja acara tersebut diadakan.

Kenapa saya mau tukar Timing Belt keretaku sendiri...? Tentu ada sebabnya... mulanya kata hati mengatakan bahawa saya perlu sudah menggantikan timing belt Triton ku kerana... ya la kalau tiba-tiba saja dia putus? kos meningkat 10 kali ganda akibat komponen dalaman enjin akan berantakan..faham-faham saja la..

MULA-MULA
Harga Timing Kit Triton?? Saya tanya semua kedai di Daerah Ranau.. Saya mengeluh.. Saya cari di Mudah.my dan lelong.com , lagilah saya mengeluh.. mahal gila... hampir seribu... 
Saya pergi google.com taip keyword mau cari jualan timing belt, maka saya jumpalah orang ni.. nama dia saya tak ingat tapi whatsapp nya 0176560616 . harga untuk Triton 4WD ialah RM550 dan RM20 kos pos. 

Jam 11.00am 24MEI2014 saya mula contack dia. Petangnya transaksi bayaran berjaya dibuat. Hari Isnin kemudian barang dikirimkan. 

 

Inilah kotak Timing Component Kit Triton yang telah saya terima pada 29MEI2014 jam 10.00 Pagi dan saya sendiri collect di pejabat pos Daerah Ranau.



Ini dia apa yang ada dalam kotak itu. Inilah juga apa yang diperlukan untuk service timing belt Triton anda.

LEPAS TU ??

Pada 30MEI2014 jam 8.00 pagi saya pun mulakan operasi bedah bahagian hadapan tempat letaknya timing belt tersebut. Fuuuh bukan mudah.. bukan macam tukar tayar pancit... kena buka semua benda ni... na tengok gambarnya apa2 yang mau dicabut..
Tapi bagus juga ya kalau dicabut semuanya.. maka service semuanya laa... ini laa yang saya buat.. menyelam sambil minum... sambil tangkap ikan garap lagi.. hehe tuntul pun dapat..


APA PERALATAN / TOOL KIT YANG DIPERLUKAN ??
Tangan yang sihat, otak yang bergeliga, anggota badan yang stabil, sedikit kemahiran/asas, minuman segar, kotak ERA atau PREMIUM serta macis, dan tool kit. Bamboola Doll tidak diperlukan hehe

Boleh pasang radio kereta triton anda sambil buat kerja, batri tak cabut punn.. cuma kasi peeelan la sikit nanti batri weekk..( sya pasang 1 hari sama2 subwoofer batri tidak weeek)

GAMBAR KEDUDUKAN TIMING BELT TRITON






LAGI SATU HAL ???
 TENGOOK ni benda satu ni.. apa nama dia ya, mungkin belt spring absorber mangkali. tapi rupa dia macam tu absorber motorsikal baa.. Fungsi dia mengencangkan atau mengetatkan tali sawat secara spring dan absorber. MASALAH dia, benda ni saya tidak tahu dah rosak, jadi tidak ada persediaan langsung untuk tukar benda ini. lagi pula saya buat kerja repair and restore (kasi rosak dan kasi baik) ini di GARAJ BELAKANG RUMAH. Jadi faham2 je lah macammana mau lari pigi Hap Seng Heng, Prikaya di KK sana. Ranau belum tentu ada.. JADI, Saya modipaid (modify) saja la ikut hati saya...guna grender kasi potong sikit syaf tundul2 tu dan pasang balik, biar ada ketat sikit lagi. Lepas tu saya ambil gambar, dan cari part ini nanti di Inanam ka, Penampang ka atau di Kota marudu.

APA CABARAN ??
huuh.. mana ada benda yg tiada cabarannya..
1. Buka 'main pulley' tu kena guna puller yg sesuai (nasib bek si Johs ada tu benda).
2. Waktu pusing kasi buka bolt nat 'main pulley' ter ikut pula tu pulley dia pusing.. kasi masuk gear pun tidak boleh.. last2 saya welding besi bentuk F sebagai penahan...
3. Waktu buka mula2 byk peluh keluar... terutama kena save radiator tu agar jangan kena calar sebab lembut saja.
4. waktu mau tukar tu bearing yg ada spring di timing belt yg kecil tu, dua allen key no.6 saya terpulas..tidak boleh buka. last2 saya kasi buka saja penutup (bearing cap) dan kasi isi griss. sb dia masi ok cuma gris hampir kering.
5. waktu pasang timing belt yang panjang tu, balik2 terlepas..dah pasang pula..tak ngam satu gigi.. hehe
6. hampir siap, mau pasang belting utama tu, kena pakai jek...
7. Bila siap, kena isi air radiator...
8. Suda betul2 siap, dalam keadaan betul2 panat, kena kemas semua benda mcm part yg kena ganti, alat tangan, dan macam2 lagi la.
9. Dah betul2 siap? kena uji.. cabaran dup dup dup lagi jantung silap sikit nggook.. start enjin.. kasi panas.. injak minyak... dan dengar bunyi aneh...kalo silap pasang.... goreng balik la uiiiii..
10. Haa suda siap boss... aiikk?? siapa mau bayar gaji /upah ni kalo buat sendiri.... bayar sendiri saja laa... pigi beli makanan dan itu la upah ko sendiri tu hehe

LAGI ??
Brapa lama saya siap : 30MEI2014 dari jam 8.00AM hingga 6.00PM sambung lagi 31MEI2014 jam 7.00AM hingga Jam 12.00t/hari. 
knapa lama sangat ? Ya kalo mekanik orang lain.. siap bosss diabilang baru 1 jam.. tapi saya lain... saya kasi bersih semua bahagian yang dibuka, tembak dengan compresor car wash, termasuk rerumah timing belt triton tersebut. siap tiup lagi dengan air compresor. Semua cover2 kana cuci, yang tidak ngam kasi ngam, bearing2 kasi griss, lepas tu kasi set dua timing belt tersebut kasi ngam betul sama tu marking. kalau tidak ngam,, mampusss la...
Dua kali lagi start kereta (kereta lain) pergi pinjam alat tool kit yang sesuai saaana tempat si Johs..lebih kurang 1 km juga rumah dia tu dari rumah saya. Lepas tu minum-minum lagi, layan anak2 lagi yang suka mengacau, dan macam2 la... 

KESIMPULAN ??
In My Opinion Saja ah... Kalo buat sendiri semua dibuat perpect sebab kereta sendiri baa.. biar lambat siap asalkan ada UMMMPPP...
(Sia takut juga la lambat siap atau tidak siap langsung, istri hamil masuk minggu 37 sudah, hampir2 sudah mau beranak.. kalau time tengah repair tu mau pi hosptl.. ada juga dah tu kereta si Roslan yang Trooper nga, tidak berapa bagus baitu.. lain la kalau triton ni..)

OK dah siap.. Ni ready suda mau pigi TEST!! Sendiri uji saja..
Dari mula buat saya sendiri saja teda org lain bantu.. Istri saja la yg bantu buat jus oren yg ada amoi2... hehe 
Kluar dari garaj mula hujan sudah....Ptg ni mau pigi tengok tu kebun sayur.. kalau dapat mau pigi kasi baja tu sawit... besok mau balik saana Kg. Himbaan...
 ok.. wassalam.. 
gunsuun@gmail.com emel sia.. 

tag;  cara tukar timing belt Triton Mitsubishi 3.2 dan 2.5 Triton VGT Timing Component Kit For Mitsubishi Triton Japan Thailand
Teknik buka pasang timing belt Triton 4X4 4WD Catatan mekanik pengalaman membuka timing belt Triton
Pantang Larang Timing Belt Triton Cara penjagaan Triton Tip menggantikan Timing Belt Triton 
kelab triton Borneo Triton Club How to change Timing Belt Triton 
 


Rabu, 28 Mei 2014

Jalan2 Di Kudat

26-27APRIL2014
Jalan2 di Kudat.. Tujuan utama mau pigi monunang untuk si Andy di sebuah kampung berhampiran Pantai Kelambu. Pantai Kelambu ni berhampiran dengan Tanjung Simpang Mangayau..
Ramai yang pergi, dorang si Lapin, Eyan, Amley, Awie, Suadin, Dalim etc.
Malam tu Si lasimin sewa satu rumah homestay tradisional kaum Rungus di Pantai Kelambu.
Keesokannya jalan2 di TIP OF BORNEO.. Tanjung Simpang Mangayau Kudat. Lps tu ke Tamu Sikuati, Tamu Kota Marudu dan jalan pulang ke Ranau ikut Marak-Parak Pinawantai Ranau.



















Sabtu, 10 Julai 2010

Perjalanan Dari Pinawantai Balik Ke Kg. Tudangan Ranau.

Memandangkan hari esok adalah hari Sabtu dan Ahad, kami sekeluarga balik ke Kg. Tudangan Ranau. Perjalanan memang agak meletihkan walaupun jarak dari Pinawantai ke Tudangan hanyalah dalam 38KM kerana jalan raya gravel dan sedang dalam kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor. 

Oh ya, Kg. Tudangan ialah kampung yang terletak berhampiran dengan pekan Ranau, dan inilah juga kampung halaman bekas finalis AF2 iaitu Linda Nanuil. 

Dalam perjalanan ini, hujan turun dengan agak lebat. Permukaan jalan di Kampung Tarawas sedang dalam keadaan banjir dan sekiranya tidak berhati-hati, kemungkinan besar percikan air akan merosakkan sistem elektonik dan komputer (ecu) kereta. Kalau memandu agak laju pula, tekanan angin pada tayar menyebabkan tindak balas dengan permukaan air yang dalam dan deras boleh mengakibatkan kereta tersasar dari laluan. Lihat sahaja gaung di bawah itu, amat berbahaya. 

Tiba di Bukit Garas, tebing-tebing tanah tinggi yang berlonggok dan sedang dalam proses pembinaan oleh kontraktor sedang runtuh sedikit demi sedikit. Permukaan jalan pun agak licin. Mujurlah fungsi pacuan empat roda (4WD) masih baik ditambah lagi dengan adanya sistem LSD serta brek yang baik dan enjin yang berkuasa. Seperkara lagi yang agak menyusahkan, banyak lumpur melekat pada badan kereta, apatah lagi rim yang digunakan jenis sport dan keluar lebih kurang satu inci. 

Keadaan sebegini menyebabkan lumpur yang dicengkam oleh tayar akan terpercik dan mengotori seluruh bahagian luar kereta. Rim sebegini amat cantik dipandang tapi musim-musim hujan begini amat memeningkan kepala. Untuk membuka dan membersihkan bahagian luar kereta yang kotor seperti kerbau yang baru keluar dari kubangnya, kami singgah di Sungai Perancangan untuk mencuci kereta, kerana selepas perjalanan melepasi Bukit Garas, maka jalan gravel tidak lagi berlumpur dan sebahagiannya pula sudah berturap. 

Bagi sesiapa yang bercadang untuk melalui jalan ini atau hendak melancong di Taman Negara Gunung Tambuyukon, maka pertimbangkanlah untuk menggunakan kereta 4X4 atau sekurang-kurangnya sediakan segala peralatan seperti selimut dan makanan andainya kereta terbabas dan terpaksa bermalam di dalam kereta di atas Bukit Garas. 

Bagi kami yang telah ditugaskan di tempat sebegini, suasana sebegitu sudah menjadi asam garam. Tetapi, tidak mengapa, 1 tahun dari sekarang, jalan raya highway yang menghubungkan Ranau dengan Kota Marudu kemungkinan akan siap dan pada masa itulah nanti anda bolehlah membawa kereta sport anda yang lower dan mantap… boleh drift lagi gitu..he he

Khamis, 17 Jun 2010

Isi Penting Taklimat Gigi-Klinik Desa Pinawantai

16 Jun 2010, Klinik Desa Pinawantai telah dikunjungi oleh ramai ibu bapa dan anak bagi mendengar taklimat berkaitan kesihatan gigi kanak-kanak oleh pegawai kesihatan dari Hospital Ranau. Pegawai kesihatan yang hadir memberikan taklimat ialah Pn. Mardina dan Pn. Ester. Ramai ibu bapa dan anak dari kg.Pinawantai, kg. Pahu dan kg. Togop datang bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan dan penjagaan kesihatan gigi kanak-kanak. 

Semua kanak-kanak yang hadir telah disapu florida pada gigi mereka yang baik bagi mengelakkan kerosakan gigi. Memang tidak dinafikan tanggungjawab ibu bapa bagi menentukan sihat atau tidak kanak-kanak ini. 

Bagi yang tak sempat hadir pada hari itu, di sini saya selitkan beberapa isi-isi penting taklimat tersebut seadanya yang saya ingat.. 

Tajuk : penyebab kerosakan gigi kanak-kanak bawah 5 tahun. Antara isi-isi penting dan bermanfaat yang boleh dikongsikan ialah; 

 Kematian disebabkan gigi ialah 7% di Malaysia 

 Gigi susu perlu diberi perhatian yang serius 

 Gigi susu penting untuk kesempurnaan rupa paras, untuk mengunyah makanan dan tapak untuk gigi kekal. 

 Tanggalkan segera botol susu yang dihisap oleh kanak-kanak selepas menyusu kerana boleh mengakibatkan kerosakan gigi. 

 Selepas kanak-kanak tersebut memakan gula-gula atau makanan manis, segera beri minum air suam atau air minuman bagi mengurangkan risiko kerosakan gigi. 

 Florida, boleh membantu mencegah keretakan gigi dan gigi berkarat. 

 Listerin dan yang sewaktu dengannya tidak sesuai untuk gigi sensitive, boleh meretakkan gigi. 

 Bagi orang dewasa yang telah retak gigi dan tunggul gigi telah dilitupi oleh kulit atau gusi, tunggul gigi perlu di buka segera. Bakteria sedang aktif memakan tunggul gigi tersebut hinggalah tibul masalah yang lebih serius, ada pesakit yang mengalami mulut yang teruk dan berlubang hingga menembusi dagu akibat nanah dan bakteria tersebut.

Jumaat, 28 Mei 2010

Hujung Minggu Di Sungai Pondiruon -Sungai Paling Bersih Di Sabah!

Siapa yang tidak teringin menikmati kesegaran air sungai yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai air sungai yang paling bersih dan tulen di negeri Sabah? 

Hujung minggu begini, lagi-lagi waktu panas teriknya matahari... adalah waktu yang amat sesuai untuk mandi-manda dan makan-makan di tepi sungai ini... wah seronok laaaa.. 

Tapi tu ja la... ndak boleh tangkap ikan.. sebab tempat ni sungai tagalan (bombon). Walau dengan apa-apa cara pun dilarang keras menangkap ikan, mengutip siput, memungut 'kulaut', atau apa-apa aktiviti pun asal berkaitan dengan hasil sungai..TIDAK BOLEH dilakukan.. Kalau ingkar juga... haa denda RM5000 atau penjara 1 tahun... he he he