Memaparkan catatan dengan label Tokek (Poko'ok). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokek (Poko'ok). Papar semua catatan

Ahad, 25 Julai 2010

Koleksi 30 Jenis Tokek (Gecko) -Poko'ok

Tokek atau Poko'ok 
adalah termasuk dalam kelompok cicak yang mempunyai berbagai-bagai jenis dan warna. Tokay Gecko adalah salah satu dari jenis yang termahal yang dicari dan diburu oleh masyarakat Nusantara sekarang ini. Dalam postingan kali ini, saya memasukkan kebanyakan gambar tokay gecko (tokek), Poko'ok Gecko (jenis lidah bercabang -pembunuh), Green Leaf Gecko, leopard Gecko dan berbagai-bagai lagi jenis dalam kumpulannya... /

Khamis, 20 Mei 2010

Belum Ada Penelitian Tokek Boleh Sembuhkan AIDS

AIDS (Aquired Immuno Deficiency Syndrome) merupakan kumpulan gejala penyakit yang terjadi kerana menurunnya daya tahan tubuh yang disebabkan Human Immunodeficiency Virus (HIV). 

Sampai saat ini, para ilmuan di berbagai negara terutama negara berteknologi maju belum berhasil menciptakan ubat penyembuh AIDS. Yang dihasilkan hanya sebilangan kecil ubat yang memperlambat penyebaran virus atau dikenal dengan nama Anti Retro Viral (ARV). Oleh kerana ubat ARV tersebut tidak dapat menyembuhkan AIDS, tentu saja hasilnya kurang memuaskan. 

Pasalnya, para pengidap HIV positif sangat bergantung pada ubat ARV bagi memperlambat munculnya berbagai gejala penyakit (AIDS). Di waktu besarnya harapan para pengidap HIV positif terhadap ubat yang dapat menyembuhkannya, berbagai khabar angin tentang ubat penyembuh AIDS menyebar luas dalam masyarakat. Pada masa ini, heboh pula cerita dari mulut ke mulut tentang khasiat tokek (poko’ok) yang dapat menyembuhkan AIDS. 

Entah dari mana asalnya cerita tersebut, yang jelas kesannya membuatkan harga tokek melambung hingga mencapai puluhan ribu ringgit Malaysia. Justru, binatang melata ini diyakini dapat menyembuhkan penyakit kulit, tipes, asma dan berkesan sebagai ubat awet muda. Harga tokek tersebut hanya RM30.00 hingga RM50.00 (saiz biasa tokek).

Ketika tersebarnya mitos bahawa tokek dapat menyembuhkan AIDS, spontan harganya melonjak menjadi RM10,000 per 100 gram. Masyarakat Kota Medan pun berlumba-lumba untuk memburu tokek. Seorang warga Kelurahan Aur, Kecamatan Medan Maimun mengakui banyak masyarakat mulai berburu tokek untuk dijual. "Menurut cerita orang, tokek dapat menyembuhkan AIDS. 

Harganya mampu mencapai RM30,000 per ekor," ujarnya. Perubatan tradisional Di tempat sementara itu, Kadis Kesehatan Kota Medan dr. Umar Zein, DTM&H, SpPD-KPTI berpendapat, belum ada dasar penelitian yang menunjukkan bahwa tokek dapat menyembuhkan AIDS. 

Tapi, jika ada pesakit AIDS yang telah sembuh kerana minum atau makan daging tokek tersebut, mungkin ini boleh dijadikan rekomendasi atau pilihan lain sebagai ubat yang berkhasiat. "Jika memang benar mampu menyembuhkan, kita boleh beri surat izinnya dan sebagai rujukan bagi pesakit AIDS," ujarnya. 

Menurut Umar Zein, umumnya masyarakat Indonesia cenderung mempercayai perubatan secara tradisional yang menggunakan ubat berasal dari tumbuhan, bebatuan dan haiwan meski pun belum dilakukan pengujian dan dibuktikan oleh penelitian kesihatan. "Sistem perubatan d Indonesia masih menjalankan perubatan secara tradisional, walau belum ada pembuktiannya melalui penelitian. 

Memang ini sudah lama ada dan menjadi tradisi turun-temurun," kata Umar Zein kepada wartawan di ruang kerjanya, beberapa waktu yang lalu, menanggapi banyaknya jual-beli penjualan haiwan tokek yang dipercayai boleh menyembuhkan AIDS.

Umar Zein menjelaskan, perubatan tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan sudah banyak diteliti dan hasilnya memang berkhasiat. Bahkan sekitar 90 jenis tanaman sudah terdaftar di Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) dan dinyatakan boleh dikonsumsi. 

Sedangkan untuk pengubatan tradisional yang menggunakan unsur haiwan, hingga saat ini belum ada penelitiannya baik khasiat maupun efek sampingan yang ditimbulkannya. 

Namun masih ramai masyarakat yang memanfaatkan beberapa jenis haiwan kerana dipercayai dapat menyembuhkan berbagai penyakit. "Nenek moyang kita memang pernah merasakan khasiatnya, seperti cacing yang digonseng katanya dapat menyembuhkan asma. 

Tradisi ini berkembang dari mulut ke mulut hingga tersebar dan dipercaya oleh masyarakat. Tapi kita kan belum tahu apakah ada efek sampingnya kelak, ini lah yang harus diuji dahulu," jelasnya. Di Sumut sudah ada Sentra Pengembangan Penelitian perubatan Tradisional (SP3T). 

Namun, saat ini belum ada melakukan penelitian terhadap pengubatan yang menggunakan haiwan. "Kita harapkan mereka segera melakukan penelitian terhadap haiwan yang dijadikan untuk pengubatan, agar khasiat dan efek sampingnya diketahui masyarakat," demikian Umar Zein.(put)  


Sabtu, 8 Mei 2010

Tokek (Poko'ok) Raksasa Bernilai RM64juta Ditemui Di Sabah.

06 Mei 2010 (Khamis) 
Kawasan hutan yang berada di sempadan antara Siemanggaris, Nunukan dan Serudong, Malaysia ternyata masih menyimpan berbagai spesis flora dan fauna yang selama ini belum banyak diketahui masyarakat. 

Baru-baru ini di kawasan tersebut, seekor tokek yang memiliki berat hingga 64 kilogram telah ditemui. Tokek tersebut ditemui salah seorang remaja, warga negara Malaysia yang tinggal di Kalabakan, tidak jauh dari sempadan Indonesia. 

Arbin, warga Tawau, Malaysia, yang sempat mengabadikan gambar tokek itu menceritakan, awalnya si remaja pemilik tokek itu berjalan-jalan di kawasan hutan. Ia memang memiliki niat untuk mencari tokek. “Kerana di Malaysia ini sedang gempar orang mencari tokek. Lalu si remaja ini juga ikut mencari tokek di hutan,” kata Arbin, yang ditemui di Tawau. 

Ketika sedang memburu tokek itulah, secara tidak sengaja si remaja ini menemukan tokek berukuran raksasa. “Awalnya dia terkejut juga karena besarnya seperti buaya. Setelah dilihat ternyata tokek dan ia sudah tidak boleh bergerak kerana besar sekali. 

Tokek itu dipikul lalu dibawa pulang,” ujarnya. Apa yang luar biasanya, Tokek raksasa seberat 64 kilogram yang ditemukan di sempadan Nunukan-Malaysia tersebut akhirnya terjual 64 juta ringgit Malaysia atau setara Rp 179,2 miliar (kurs Rp 2.800). 

"Tokeknya sudah dijual dengan harga RM 1 juta per kilogramnya," kata Arbin, yang sempat mengabadikan gambar tokek tersebut ketika dihubungi melalui telepon bimbitnya. Namun khabarnya tokek raksasa tersebut telah dibeli oleh orang Indonesia. "Tokeknya dibeli orang Indonesia kemudian dibawa keluar negeri, kalau tidak salah ke China," kata Arbin. 

Walaupun sudah terjual, masih banyak penelepon yang mengejar pembeli tokek tersebut untuk dibeli lagi dengan harga yang lebih mahal.” Tidak banyak informasi yang didapatkan Arbin mengenai transaksi tersebut sebab pemilik tokek juga sudah berangkat ke Kuala Lumpur. 

"Saya sudah berusaha mencari informasi siapa yang membeli, namun tidak ada yang tahu. Orang-orang sana cuma menyebutkan ada orang dari Indonesia yang membeli," ujarnya. Disunting dari Berita SuaraMedia, NUNUKAN  


Rabu, 5 Mei 2010

Poko'ok atau TOKEK (Tokay Gecko) -Haiwan Melatah Termahal

Sekarang ini sangat heboh pasal Tokek (poko'ok). Ramai yang masuk ke hutan semata-mata untuk menangkap haiwan melatah ini dan khabar-khabarnya harganya amat lumayan iaitu RM30,000 bagi yang beratnya 300gram ke atas. 

Walaupun sesetengah daripada spesis haiwan ini mempunyai racun dan bisa yang mampu membunuh manusia dalam 5 minit tetapi masih ramai yang ingin mencuba untuk meraih hasil yang lumayan ini. Dengan menggunakan jaring penangkap rama-rama dan sarung tangan kulit, binatang ini dapat ditangkap dengan mudah di tempat-tempat habitatnya. 

Walaubagaimanapun ada juga pemburu-pemburu yang tak bernasip baik dan terkena dengan bisa racun haiwan ini..dan khabar-khabarnya sudah ada yang meninggal dunia di sebelah Kg. Kaingaran dan Karagasan. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. 

Walaupun pencarian kepada Tokek ini semakin rancak, namun pemburu selalu gagal mencari tokek (poko'ok) yang beratnya melebihi 300 gram. Kebanyakan yang berjaya ditangkap cuma di bawah 250gram dan harga jualan cuma sekitar Rm200 - RM500 seekor. 

Spesis gecko yang berbahaya adalah jenis yang bercabang lidah..ia mampu membunuh mangsanya dalam hanya beberapa minit. Para pemburu POKO'OK..jangan tersilap membandingkan antara tokek dan poko'ok lidah bercabang ini. Silap haribulan KERANDA yang engkau tempah..  

SEMUA maklumat TENTANG TOKEK (POKO'OK)  

MENU UTAMA

Rabu, 31 Mac 2010

Mana Nak Cari Rusa (Payau)

Para pemburu rusa.. kat sini memang banyak ni tambang (payau). Kalau dapat seekor ka dua ekor.. kasi salai..lepas tu...hummm.. goreng pun soodapp.. campur tu lada putih orang bilang.. manalau dot tambang.. asadap ri asiii. Tengok laa gambar tu.. sekali jalan.. belum sampai 30 minit dapat 2 ekor payau... he he he.. karang ni kan.. orang masuk hutan bukan cari payau saja.. cari tu POKOOK baa.. yang rupa macam rudai tu... atau yang macam iguana tu baa.. kalau berat dia sampai 300gramm.. harga RM30,000. wau lumayan oh.. Harga tenggiling pun kalah oh... ko orang pun cari pokook and tonggiling (bulukun) kah? Jangan.. kena tangkap baru tau.. TEKNIK TANGKAP POKOOK Nak bagitau dulu, pokook ni bukan macam cicak, rudai atau iguana. Lain binatang ni tau. Bisa gigitannya boleh membunuh on the spot. Kalau tak percaya..cuba lah... Okey.. Pakai sarung tangan leather (kulit), lekap kat badan dia dan hati-hati dengan ekornya yang pandai membengkok dan menyengat... Satu lagi... Awas..air kencing dan ludahan Poko'ok ni boleh menyebabkan buta mata. Binatang ni tak boleh dikasari..pegang perlahan-lahan dan letakkan dalam bekas yang selesa dan lembut. Sebelum diberikan kepada pihak yang berkenaan, letakkan bekas itu tadi berhampiran dengan lampu malam yang didatangi serangga kerana poko-ok ini akan memakan serangga sama seperti cicak. Pokook vs Emas!!