Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Jun 2017

Mesej disebalik usia kita..

 MESEJ DISEBALIK USIA 
Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.
  Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
  Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
  Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.
  Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.
  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.
❤  Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.
Didoakan semoga kita semua:-
●  Diberkati usia
●  Dimurahkan rezeki
●  Ditetapkan keimanan
●  Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
●  Kesihatan yang baik
●  Berjaya di dunia & akhirat
●  Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Amiin ya Robbal alamin.

Selasa, 3 Jun 2014

CHINA'S TOP 9 FAKE FOODS

China's Top 9 Fake Foods

Isnin, 2 Jun 2014

Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat

Gambar ini diambil 24/05/2014
Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria
Subhana Allah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat..Ya ALLAH
Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).
Mesti Baca Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat 2 Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.
Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Ahad, 1 Jun 2014

Basug!! 3 Bayi Kembar Dilelong Di Tepi Jalan

            Tiga bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.
             Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu. Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

            Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang. Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar. Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

            Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat. “Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

           Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak. Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu. Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020. -Mynewshub