Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

Bisnes: Potensi Tanaman Terung (Eggplant)....

TERUNG??
RM10,000 Pendapatan Sebulan?

Betul kah kalau menanam terung boleh dapat RM10 000.00 sebulan..??
Tidak mustahil...kerana ia sedang dipraktikkan di kebunku mulai penghujung tahun lalu..

Harga borong terung pada masa kini ialah RM5 satu bungkus (3kg).
100 Bungkus harganya RM500,
2000 bungkus harganya RM10 RIBU..
Seminggu 500 bungkus = 1500 KG.

100 meter persegi yang ditanam terung mengeluarkan lebih kurang 100kg buah terung seminggu.
Kira lah sendiri berapa keluasan kebun terung yang diperlukan untuk hasil RM10000 sebulan.

Bukan susah... dan bukan senang..
saya telah praktikkan dalam sekitar 1200 pokok dan pada masa sekarang sedang merancang untuk menanam sebanyak 5000 pokok lagi.. InsyaAllah mudah2an berjaya..

Isnin, 10 Mei 2010

Mari kita jadi pakar Komputer!!

Tak tau macammana??? Zaman sekarang ni kalau nak buat blog atau web senang ja ba..nak buat blog yang paling canggih (Blog ni tak canggih sangat coz aku tak ada banyak masa baaa), anda boleh buat... 

Nak tukar alamat blog yang panjang pun boleh contohnya pinawantairanau.blogspot.com ni boleh saya tukar dengan pinra.via.my saja tapi alamat yang kena guna sekarang ni dah promosi and dah daftar awal kat google and yahoo.. so lebih baik kasih teruskan saja...

Nak tau macammana cara nak buat blog and web yang paling cantik... bermula dari bawah.. so you all kena layari web tutorial saya ini --> KLIK SINI 

Ha nak tau rahsia and teknik facebook pun ada disitu.. masalah handphone and asal yang berkaitan dengan teknologi semua ada.... 

Nak tau teknik buat VIRUS? Teknik nak repair Sistem Komputer, Teknik nak cari password Facebook orang lain, Teknik dapat duit melalui blog, Teknik mendapatkan bayaran Artikel yang anda buat.. Cara melajukan transfer dari Komputer ke USB anda, Cara mengelak serangan virus tanpa antivirus, Cara mempopularkan blog/web/facebook, Semuanya telah saya susun dalam satu laman web.. dan pastinya amat berguna untuk anda..

Sabtu, 24 April 2010

Pinawantai Magician / Magic

Artikel ini saya tuliskan bagi menjawab beberapa kontroversi dan salahfaham segelintir orang yang telah memberikan respon negative terhadap apa yang telah di UPLOADkan oleh MISSWODIT dalam YOUTUBE beberapa ketika dahulu.. Ramai yang mungkin sudah menonton video tersebut yang mana berbagai-bagai Magic dipertontonkan dan termasuklah rakaman HANTU POCONG di sebuah rumah dan tempat letak kereta (di Kampung Pinawantai, Ranau). Saya ingin memaklumkan bahawa video tersebut dibuat hanya untuk hiburan semata-mata, dan semestinya ia diedit terus dari telefon bimbit, dan sebahagiannya diedit menggunakan computer. Jadi persoalannya mengapa ramai pihak yang memberikan kritikan negative… saya dah cakap ia hanya untuk hiburan dan bukan untuk pertandingan…. Memanglah tak ada magic yang real atau benar, kalau David Blaine dan Christ Angel pun ada beberapa magicnya yang hanya untuk siaran TV semata-mata kerana diedit dahulu. Saya kata bukan semua…Ada dua atau tiga magic mereka bagi menambah koleksi aksi magic mereka… So… Apa nak bising-bisingkan.. saya bukannya director atau penerbit atau juru mixer filem yang hebat…jadi kelemahan-kelemahan yang timbul…… itu biasalah..he he he.. So sebagai hiburan kita… Tontonlah video-video ini…. Salam 1 Malaysia untuk anda semua… Wodit kiauu..

Rabu, 31 Mac 2010

Si Gihel -Dan Kerja Time-Time Boringnya...

Si Gihel ni bukan orang Pinawantai.. dia ni kita boleh jumpa bila kita berhenti ketika penat memandu kalau nak ke pinawantai di Togis Perancangan Ranau... Kedai dia ni ada kat tepi jalan.. Ni laa kerja berfaedah yang dia buat ketika boring-boring kata dia... tapi 1 ja kerja yang dia buat ni... ratus-ratus ringgit you... boleh tahan ni orang.. ramai orang dari pelusuk negeri yang datang bawa pelan rumah..mau minta bikin macam rupanya betul-betul.. Seingat saya, yang dah bertahun-lahun lalu di jalan ni... dah banyak yang dia buat..agak-agaknya... kayalah dia ni sekarang kan... Tapi kan kesian bah dia ni. Dia ni kategori OKU baa. Dengar cerita lagi Kedainya mau kena buka coz kena pembesaran tu jalan raya baa... yang mau bikin highway sampai Kota Marudu tu baaa.. Saya dengar-dengar projek buat jalan tu akan siap hujung tahun ni.. Paling lewat pu tahun depan lah..

Mana Nak Cari Rusa (Payau)

Para pemburu rusa.. kat sini memang banyak ni tambang (payau). Kalau dapat seekor ka dua ekor.. kasi salai..lepas tu...hummm.. goreng pun soodapp.. campur tu lada putih orang bilang.. manalau dot tambang.. asadap ri asiii. Tengok laa gambar tu.. sekali jalan.. belum sampai 30 minit dapat 2 ekor payau... he he he.. karang ni kan.. orang masuk hutan bukan cari payau saja.. cari tu POKOOK baa.. yang rupa macam rudai tu... atau yang macam iguana tu baa.. kalau berat dia sampai 300gramm.. harga RM30,000. wau lumayan oh.. Harga tenggiling pun kalah oh... ko orang pun cari pokook and tonggiling (bulukun) kah? Jangan.. kena tangkap baru tau.. TEKNIK TANGKAP POKOOK Nak bagitau dulu, pokook ni bukan macam cicak, rudai atau iguana. Lain binatang ni tau. Bisa gigitannya boleh membunuh on the spot. Kalau tak percaya..cuba lah... Okey.. Pakai sarung tangan leather (kulit), lekap kat badan dia dan hati-hati dengan ekornya yang pandai membengkok dan menyengat... Satu lagi... Awas..air kencing dan ludahan Poko'ok ni boleh menyebabkan buta mata. Binatang ni tak boleh dikasari..pegang perlahan-lahan dan letakkan dalam bekas yang selesa dan lembut. Sebelum diberikan kepada pihak yang berkenaan, letakkan bekas itu tadi berhampiran dengan lampu malam yang didatangi serangga kerana poko-ok ini akan memakan serangga sama seperti cicak. Pokook vs Emas!!