Khamis, 27 Oktober 2011

Ledakan Dasyat Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu ternyata pernah mengalami ledakan yang amat dasyat suatu masa dahulu, sebelum adanya tamadun manusia. Ketika itu hidupan yang ada hanyalah alga, mikro organisma dan berkemungkinan haiwan daratan dan lautan telah pun ujud. Kesan tinggalan kejadian ledakan ini dapat dilihat dari batu-batuan berwarna hitam yang boleh dilihat di sekitar kaki gunung Kinabalu seperti di pekan Ranau, Kundasang, Bundu Tuhan, Pekan Nabalu, Kiau, Narinang Kota Belud dan sebagainya yang berhampiran dengan gunung ini. Para saintis percaya bahawa warna batu tersebut yang gelap adalah kesan suhu yang amat panas disebabkan oleh ledakan gunung berapi Kinabalu suatu masa dahulu, dan batu-batu tersebut adalah serpihan dari puncak gunung Kinabalu yang terpelanting di sekitar kaki gunung tersebut. Batu-batu sebegini hanya boleh didapati di kawasan sekitar kaki gunung Kinabalu seperti yang telah disebut di atas, dan tidak ada batu yang serupa dengan batu gelap ini di seluruh dunia melainkan hanya ada disini.

Para ahli geologi mendapati bahawa perubahan ketinggian gunung kinabalu di mana setiap tahun ketinggian gunung Kinabalu dicatatkan semakin bertambah. Fenomena ini adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti lingkaran gunung berapi aktif di bawah gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu merupakan salah satu gunung berapi tidak aktif di Malaysia, yang tidak mustahil akan meletus bila-bila masa sahaja. Seperti mana yang telah berlaku di negara-negara jiran, gunung berapi tidak aktiflah yang menjadi punca kematian ratusan malah ribuan nyawa kerana gunung berapi tidak aktif akan meletus tanpa disangka-sangka berbanding gunung berapi aktif yang sememangnya diketahui umum akan meledak bila-bila masa dan persedian seperti sistem amaran awal dan laluan kecemasan telah disediakan. Apakah persediaan seperti sistem amaran awal ada di gunakan di gunung berapi Kinabalu? Ataupun kalau ada, adakah ianya diselanggara dengan baik?. Kenapa saya mempersoalkan hal ini kerana orang kita selalunya terhantuk baru nak terngangah mulut, dah kena baru terasa, tidak seperti orang-orang jepun dimana budaya mereka ialah belum kena dah rasa lalu cuba dielakkan.