Rabu, 28 September 2011

Orang Kurus Jangan Ingat Tiada Kolesterol

Sebenarnya tips untuk kuruskan badan memang banyak dan berbakul-bakul dalam blog saya ini. Tetapi walaupun anda sudah kurus atau slim, jangan fikir yang anda sudah selamat!!!!

Orang yang kurus pun jangan ambil mudah tentang kesihatan. Kurus tak semestinya sihat, kurus jangan ingat takde kolestrol. Orang yang kurus juga berisiko untuk mempunyai kolestrol berlebihan dalam darah.
Walaupun anda slim seksi bak Megan Fox, tapi jika anda mengambil kolestrol secara berlebihan, ia boleh mendatangkan bahaya! Arteri akan tersumbat hingga menghalang aliran darah.

Bila dah kronik, mulalah ada serangan jatung, lepas tu menjejaskan aliran darah ke otak, kaki, buah pinggang dan organ tubuh yang lain. Kesimpulannya, tahap “selamat” bagi pengambilan kolestrol sehari adalah antara 200 – 400mg sahaja.

Di bawah ada sedikit contoh jenis-jenis makanan yang mempunyai kadar kolestrol tinggi. Kalau nak tahu banyak lagi, boleh lah cari di google... 
keju
udang
telur3

Fikir-fikirkanlah... Nabil kata 'lu fikirlah sendiri!!!'

Ruj: darkbatman.com