Isnin, 27 Jun 2011

Kisah sekumpulan polis dan perhilitan.

Kisah ini adalah kisah benar yg dialami sendiri oleh orang yang saya kenali. Cerita ini mempunyai unsur kelakar walaupun sedikit sebanyak melibatkan integriti dan tanggungjawab sebagai pejawat awam.

Tidak dinafikan, L bersama dengan 4 lagi orang rakannya adalah manusia biasa yang mustahil untuk sempurna. Mereka berlima amat akrab dan bertugas sebagai polis dalam satu pasukan di daerah Ranau. Mereka amat meminati aktiviti memburuh hidupan liar terutamanya rusa dan kijang.

Kisah ini terjadi beberapa dekad yang lalu semasa L masih bertugas. L dan rakannya itu pergi memburuh di kawasan pembalakan di Tongod Telupid. Untuk masuk ke kawasan ini harus melalui beberapa pintu gate yang dikawal oleh pekerja pembalakan. Sememangnya mereka sudah rapat dengan orang-orang di situ dan mudah bagi mereka untuk masuk ke kawasan pembalakan. Hanya satu perkara yang ditakuti iaitu kakitangan Jabatan Perhilitan. Tentu anda tahu, Jabatan perhilitan adalah satu agensi kerajaan yang melindungi hidupan liar daripada pupus. Orang-orang yang mengawal pintu gate amat arif bagaimana untuk memberikan isyarat kepada L dan rakan-rakannya tentang kehadiran pegawai perhilitan ini dengan meletakkan ranting hidup di tengah jalan.

Nasib tidak menyebelahi mereka kali ini apabila pintu gate terbuka dan pegawai perhilitan masuk ke kawasan memburuh tanpa mereka sedari, dan orang yang diberikan kepercayaan untuk memberikan isyarat tidak sempat memberikan tanda.

Sementara L dan rakan-rakannya sudah berjaya menembak dua ekor kijang. Hasil buruan tersebut dibiarkan di atas trak kereta pacuan 4 roda hilux. Mereka sedang berpatah balik ke pondok di pintu gate untuk berehat ketika bertembung dengan pasukan peronda dari jabatan perhilitan. Kecut perut dibuatnya, apa lagi soalan bertubi-tubi pegawai perhilitan tersebut. L dan rakan-rakannya berpura-pura sebagai orang kampung dan tidak mendedahkan identiti mereka sebagai polis. L menjadi jurucakap dan berusaha berunding dengan pegawai perhilitan tersebut. Akhirnya kedua-dua pihak akur untuk berbagi hasil buruan tersebut. Selepas itu mereka pun berpisah. Kereta jabatan perhilitan meneruskan rondaan manakala kereta L cepat-cepat balik ke pondok di pintu gate. Sampai di situ, L mengarahkan orang-orang di pintu gate untuk mencuci kereta hilux yang dipenuhi lumpur dan mengunci pintu gate. L dan rakan-rakannya segera memakai pakaian seragam polis dan menunggu kereta perhilitan tersebut dengan niat untuk memberikan pengajaran dan pembalasan kerana telah dikasari sewaktu bertembung tadi. Sementara kijang yang tinggal seekor lagi itu dimasak sebagai jamuan oleh orang-orang suku bugis yang bekerja di pintu gate tersebut dan bekalan untuk memburuh selepas mengenakan pegawai-pegawai perhilitan tersebut.

Setengah jam kemudian, kereta jabatan perhilitan pun sampai. Mereka kelihatan agak terkejut melihat sekatan polis di pintu gate. L dan anggota polis yang lain memeriksa kereta jabatan perhilitan itu. L berpura-pura terkejut melihat kijang yang berada dalam kereta tersebut. Dengan tegas L mengajukan soalan, 'kamu dari mana?'. Pegawai-pegawai perhilitan itu tergumam dan tidak tahu apa yang harus dijawab. L berkata lagi, 'dimana kamu mendapatkan kijang ini? Bukankah haiwan ini adalah haiwan yang dilindungi? Tambahan pula kamu semua adalah anggota Jabatan Perhilitan yang sepatutnya melindungi haiwan ini. Kamu sendiri tahu apa akta yang boleh dikenakan ke atas kamu kerana memburu hidupan liar di kawasan ini'. Para pegawai itu langsung tidak dapat lagi menjawab soalan tersebut. Tiba-tiba seorang pegawai tersebut mencelah, 'bukan kamukah orang yang tadi?. L menjawab, 'bukan, kami pegawai polis dari IPD Telupid dan baru sahaja tiba, lihat kereta kami disitu, bersih dan tidak berlumpur!'. Katanya lagi, 'kami terpaksa menahan kamu berserta dengan bahan bukti!'. Para pegawai itu susah hati dan meminta maaf atas kekasaran yang dibuat tadi. Perbincangan demi perbincangan akhirnya kata putus diperolehi. L menasihati para pegawai perhilitan supaya tidak bertindak secara keterlaluan terhadap orang kampung yang mencari makan dengan aktiviti memburu sedangkan pegawai-pegawai perhilitan sendiri pun jika ada peluang sebegini mereka pun mahu juga menikmati daging hidupan liar yang lazat. Para pegawai itu pun akur dengan kesilapan mereka lalu memohon maaf. Kunci pintu gate dileraikan dan mereka pun meneruskan perjalanan balik. L dan rakan-rakannya tersenyum dan berpuas hati kerana dapat memberikan pengajaran kepada pegawai jabatan perhilitan itu. L dan rakan-rakannya kembali memburu dan hasilnya mereka telah mendapat beberapa ekor rusa untuk dibawa balik sebagai buah tangan buat isteri mereka masing-masing.

Moral: Buat pegawai-pegawai perhilitan dimana-mana sahaja di seluruh negara, ingat buat kerja berpadah-padah, berbuat baik dan bertoleransilah dengan orang-orang kampung..kerana anda juga asalnya dari kampung..