Memaparkan catatan dengan label Duit mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit mudah. Papar semua catatan

Ahad, 18 Jun 2017

Hari Sabtu Di Pekan Ranau- Apa Yang Menarik..

Seperti biasa minggu ini sekali lagi berkesempatan berkunjung di Pekan Ranau. Mujur hari ini pergerakan traffik tidak terlalu sesak. Mungkin dalam bulan Ramadhan ini tidak banyak event yang sedang berlangsung di tengah2 pekan Ranau.

Hari sabtu yang relaks, seperti biasa jalan2 di pasar besar Hari Anam, yang menjadi kewajipan masyarakat Ranau setiap hari Sabtu. Dengan penutupan beberapa jalan raya utama membolehkan rakyat setempat datang berjualan, malah ada juga yang datang dari luar daerah.

Tidak lupa hari Sabtu begini di Tamu groud dekat dengan Sungai Liwagu, ada jualan tamu mingguan, selain dari yang ada di pasar Ranau. Dalam suasana bulan puasa dan cuaca yang terik, ramai juga yang turun untuk berbelanja, tambah2 lagi minggu ini minggu gaji, dan sambutan Hari Raya juga tidak lama lagi.

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat di ambil di pasar HARI ANAM..













Gambar2 berikut di bawah diambil di Tamu Liwagu...













#RanauDiHatiku
Photos original by Blog Owner..

Isnin, 2 Jun 2014

Bisnes: Potensi Tanaman Terung (Eggplant)....

TERUNG??
RM10,000 Pendapatan Sebulan?

Betul kah kalau menanam terung boleh dapat RM10 000.00 sebulan..??
Tidak mustahil...kerana ia sedang dipraktikkan di kebunku mulai penghujung tahun lalu..

Harga borong terung pada masa kini ialah RM5 satu bungkus (3kg).
100 Bungkus harganya RM500,
2000 bungkus harganya RM10 RIBU..
Seminggu 500 bungkus = 1500 KG.

100 meter persegi yang ditanam terung mengeluarkan lebih kurang 100kg buah terung seminggu.
Kira lah sendiri berapa keluasan kebun terung yang diperlukan untuk hasil RM10000 sebulan.

Bukan susah... dan bukan senang..
saya telah praktikkan dalam sekitar 1200 pokok dan pada masa sekarang sedang merancang untuk menanam sebanyak 5000 pokok lagi.. InsyaAllah mudah2an berjaya..

Ahad, 27 November 2011

Pelaburan EMAS lebih menguntungkan berbanding ASB!

Saya baru sahaja membaca satu laporan tentang pelaburan emas. Ini bukan kali pertama saya mendengar tentang pelaburan emas tetapi laporan ini membuka mata saya untuk pelaburan emas. Laporan percuma tersebut disediakan oleh Mohd Suhaimy a.k.a Shuth, di lamanweb wangemas.com.
Pelaburan pertama saya adalah pelaburan ASB. Buat pinjaman Maybank dan masukkan ke dalam akaun ASB. Pelaburan emas mengikut perkiraan lebih menguntungkan daripada ASB. Namun, jangan melanggar hukum pelaburan iaitu “Don’t put all your eggs in one basket”. Jadikanlah pelaburan ASB sebagai pelaburan pertama kerana paling rendah risiko dan tidak memeningkan kepala.
Selepas mempunyai pelaburan pertama, barulah mencari pelaburan lain pula. Mungkin terdapat pelaburan lain seperti pelaburan unit trust, pelaburan hartanah, pelaburan bursa saham dan sebagainya. Mana-mana pelaburan boleh menguntungkan asalkan adanya ilmu pengetahuan.
Oleh itu, saya melihat pada pelaburan emas dan mempelajarinya. Pelaburan emas menguntungkan kerana harga emas akan sentiasa meningkat. Purata kenaikan sekitar 27% setahun. Dahulu, saya percaya harga emas ada turun dan naik. Ianya betul, tetapi penurunan harga emas adalah rendah. Jadi, secara purata harga emas memang akan sentiasa naik.
Saya melihat pelaburan emas agak mudah juga kerana tidak perlu mengikuti kenaikan dan penurunan harga semasa emas. (Ini bukan forex, saya pernah mencuba dengan forex sebelum ini). Saya lihat, tidak perlu membeli emas ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal. Sekiranya menunggu harga emas turun, walaupun harga turun masih menunggu harga turun lagi, sebaliknya harga emas akan naik kembali. Jawabnya, emas tidak akan dibeli sampai bila-bila. Jadi, masanya membeli emas adalah ketika adanya duit, tidak kira berapa pun harga semasanya.
Sekarang, saya bercita-cita hendak membeli emas.

Jumaat, 31 Disember 2010

REZEKI DI DUNIA 90 % DALAM BIDANG PERNIAGAAN??

Sebenarnya rezeki dari Tuhan terbahagi kepada 2, 10 % adalah dari hasil gaji dan 90 % adalah dari bidang perniagaan. Sama ada anda percaya atau tidak, perhatikan apa yang berlaku di persekitaran anda saat ini. Cuma kekangan dari kesempitan pemikiran dan hasil didikan terdadap minda kita yang menyarankan kita semua untuk mendapatkan sumber rezeki melalui kerja makan gaji. Sebenarnya minda anda telah terpesong jika anda menganggap bahawa kerja makan gaji adalah keputusan muktamad yang harus dicapai untuk mengubah hidup. Sejak dari zaman berzaman lagi masyarakat dalam mana-mana tamadun pun, perniagaan adalah sumber utama bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Jarang sekali kita mendengar bahawa si Fulan Bin si Fulan menjadi kaya raya kerana hasil gaji yang diperoleh bertahun-tahun, melainkan wujudnya proses perniagaan tertentu bagi orang tersebut.
Saya ingin mengambil contoh, menteri-menteri di Malaysia ramai yang kaya raya bukannya hasil dari gaji mereka yang berpuluh-puluh ribu tetapi usaha mereka sendiri yang bijak mengambil peluang dalam arena perniagaan. Salah satu contoh di daerah Ranau, iaitu Datuk Ghani Gilong yang gigih berusaha dalam bidang perniagaan pertanian, Datuk Kasitah Gadam yang berjaya dalam bidang korporat. Jadi mengapa sempitkan fikiran dengan hanya memilih bidang kerja makan gaji?. Sedangkan di bawah telapak kasut anda sekarang pun adanya sumber rezeki yang tersembunyi dan kalau dimanfaatkan dengan baik, insyaAllah anda boleh menjadi jutawan.
Bidang perniagaan adalah sangat luas, termasuklah perniagaan jualan barang, perkhidmatan, pertanian, perusahaan ternakan, korporat, dan sebagainya. Saya merasa sungguh hairan kerana seumur hidup saya, tidak pernah pun saya mendengar bahawa ada kanak-kanak mahupun remaja yang bercita-cita untuk menjadi usahawan ataupun ahli perniagaan. Hampir kesemuanya memilih cita-cita untuk menjadi guru, polis, askar, peguam, doktor, juruterbang, juruteknik, mekanik, tukang masak, menjadi menteri, pegawai dan sebagainya. Kita pun dapat membaca fikiran mereka ini yang mempunyai wawasan untuk sekadar makan gaji sahaja. Cuba lihat graduan-graduan universiti sekarang ini di negara kita semakin bertambah-tambah dan hampir kesemuanya memilih untuk mendapatkan kerjaya di mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Sedikit sangat yang cenderung untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Hal ini merunsingkan penduduk negara kita kerana semakin lama semakin ramai penganggur dari golongan graduan ini.
Alasan miskin atau tidak mempunyai modal adalah sangat meleset. Tidak ada alasan untuk tidak dapat mencapai tujuan jika benar-benar ada kemahuan. Seperti kata-kata orang tua-tua, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Dari bangku sekolah kita sudah mendengar kisah ‘angan-angan Mat Jenin’ dan kenapa kita tidak menjadikannya realiti. Bukan susah jika kita ada motivasi dan jika kita benar-benar mahu untuk berjaya. Dalam kisah angan-angan Mat Jenin, kita tahu dia memulakan cerita tersebut dari 0 atau sifar. Dengan 3 biji kelapa tua dijual lalu mendapat RM3. RM3 beli tepung buat kuih, jual dapat RM10. RM10 buat modal jual keropok dapat RM30. Rm30 buat modal dapat RM100, hinggalah Mat Jenin menjadi kaya raya dan memiliki beberapa kereta mewah, rumah mewah dan wanita idaman yang cantik. Cuma satu kesilapan yang terjadi iaitu berjaya sebelum tercapai, dimana dia jatuh lalu mati. Dari sudut pandang fositif, mengapa kita tidak ambil iktibarnya. Zaman sekarang tak perlulah dapatkan buah-buah kelapa tua, dengan memungut sampah pun boleh mendapatkan wang beribu-ribu ringgit. Sedangkan ada juga agensi-agensi lain yang dapat membantu soal modal..itu pun jika kita mahu..
Dalam pemerhatian saya yang telah ditugaskan di kampung yang jauh di pedalaman dan terperosok dari pembangunan kota, orang-orang di sini ramai yang mengatakan bahawa mereka ini miskin, tiada harta.. Tetapi bagi pendapat saya bukannya mereka ini tidak ada harta, tetapi tidak ada akal.. bayangkan tanah mereka luas tetapi kosong. Usaha tidak ada. Jika ada sekeping tanah seluas seekar pun sudah memadai untuk mengusahakan penternakan haiwan ternakan.. atau tanam dengan pokok getah ataupun sayur-sayuran. Semua perkara boleh diubah jika kita sendiri yang mengubahnya. Nasi tidak sampai di mulut jika bukan tangan kita sendiri yang menyuapkannya ke dalam mulut.
Sebenarnya, kita hanya perlu ada matlamat. Bukan sekadar untuk mengisi masa lapang dan untuk membeli keperluan dapur atau sekurang-kurangnya untuk meng’update’ jenis telefon kita. Bagi saya sendiri, saya mempunyai matlamat yang jauh lebih besar. Bukan sekadar mahukan sebuah atau dua buah kedai tetapi kalau boleh nak semua kedai di Sabah ini milik saya. Bukan sekadar mahu tanam empat lima ekar getah atau kelapa sawit, tetapi mahu beratus atau beribu hektar. Umur masih muda, apa salahnya memasang niat, yang penting usaha itu adalah tangga kejayaan.. Bukan sekadar slogan yang biasa kita nampak pada moral-moral dinding sekolah tetapi perlu dengan gerakan tangan dan kaki agar segalanya dapat dicapai. Ayuh semua bangsa Malaysia terutamanya graduan-graduan yang masih menganggur, kita ceburi dan dalami bidang perniagaan ini sedalam-dalamnya. Lautan api kalau tahu tekniknya, boleh diharungi… dengan mudah.. ada akal, maka gunalah..

Khamis, 9 Disember 2010

Bagaimana Kualiti Mutiara Ditentukan

Bagaimana kualiti mutiara ditentukan?
Ia adalah satu persoalan yang subjektif untuk ditentukan jawapannya. Secara umumnya di sabah ini, ia tidak ditentukan secara jelas tentang standard pengukuran kualiti mutiara ini.
Secara umumnya ia ditentukan oleh saiz, bentuk dan kelicinan permukaan. Semakin besar saiz, bentuknya yang bulat sempurna dan permukaan yang licin berkilat maka semakin tinggilah kualiti sesuatu mutiara tersebut. Kebiasaannya ia lebih banyak digunapakai untuk mutiara air masin.
Bagaimanapun telah ada stantard yang digunapakai secara meluas yang telah digredkan oleh Gemological Institute of America (GIA). Pengkelasan kualiti mutiara adalah ditentukan mengikut kategori A, AA, AA+, dan AAA.
pearlinfo-surface-web.jpg
pearlinfo-shape-web.jpg
pearlinfo-size-web.jpg
pearlinfo-color-whiteovertones-web.jpg
Secara umumnya pemukaan berkilat AAA, warna cerah (silver rose), bentuk yang bulat, dan saiz yang besar yang mempunyai kualiti dan harga yang tinggi.
dapatkan kupon promosi 30% di mutiarashop

Rabu, 14 Julai 2010

Menanam Durian Tidak Lagi Berbaloi.

Zaman 90-an telah pun jauh kita tinggalkan. Kini zaman panas DURIAN tidak lagi sehebat zaman 90-an. 

Sekarang ini menanam durian tidak lagi berbaloi. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan kenapa durian bukan lagi satu penghasilan yang lumayan bagi para peminat tanaman ini. 

Secara jujurnya saya juga ada menanam durian beberapa pokok di tanah-tanah yang saya miliki. Ayah saya juga menanam durian seluas 6 ekar. 

Pakcik-pakcik saya ada dusun durian berpuluh ekar. Namun, penelitian saya mengesahkan bahawa durian tidak lagi bernilai. Dalam 6 ekar tanaman durian ayah saya, pandapatannya tidaklah besar, cukup untuk membeli baja, racun dan mengupah orang untuk kerja-kerja penyelenggaraan kebun tersebut. 

Dalam 10 ekar ke atas dusun durian pakcik saya di Pinawantai dan Togop Darat, saya lihat dia hanya mempu meraih pendapatan sebanyak RM15,000 setahun. Satu angka yang agak besar jika diterima setiap bulan. Jadi purata bersih bagi pendapatan tersebut sebulan ialah RM500 sahaja apabila ditolak segala kos penyelanggaraan. Harga durian di pasaran sekarang agak merundum. 

Apabila musim durian tiba, kita akan nampak timbunan buah durian di merata-rata tempat. Tetapi tahukah anda bahawa peraih buah ini akan menggred buah ini dari gred A hinnga D dan termasuk juga gred G (giuk-Ulat). Pada musim durian yang lalu saya pergi menghantar buah durian ini ke pasar. 

Dalam 100Kg buah durian tersebut, 10kg adalah gred A dan harga RM3 sekilogram, 20kg gred B dengan harga sekilogram RM2, 15kg Gred C dengan harga sekilogram RM 1.50 dan Gred D sebanyak 30kg Gred D yang mana harga sekilogramnya Cuma RM1. Manakala gred G (Reject) 25Kg dan harga sekilogramnya ialah 50sen bergantung kepada keadaannya. 

Ini harga sekali sekala sahaja kadang-kadang sahaja ada mahalnya. Bagi di Semenanjung harga sekilogramnya ada yang menceritakan pernah merosot hingga 20 sen sahaja sekilo. Menanam durian tidaklah susah tetapi apa yang susahnya ialah penyakit pokok durian yang mudah merebak dan menjadi-jadi. Pokok durian agak sensitif dan mudah kering. Jika berlaku musim kemarau selama 3 bulan sahaja pun akan mengakibatkan beberapa pokok durian akan layu. 

Seperti yang dialami oleh pakcik saya yang memiliki dusun durian di Kg. Daramakan Ranau, sebanyak 90 pokok durian yang sedang berbunga telah kering akibat kemarau el-nino pada tahun 1998, termasuklah abang kepada pakcik saya yang memiliki 6 ekar durian di Daramakan yang telah kering akibat dari fenomena itu. Yang hairannya, pakcik saya masih juga menanam durian dang menggantikan pokok yang kering dengan pokok yang baru. Tahun 2010 bulan Mac, muncul lagi musim kemarau dan kering lagi. 

Orang yang menanam getah dan kelapa sawit sahaja yang ’makan-makan’. Menyebut tentang getah dan kelapa sawit, nah inilah mesej yang cuba saya sampaikan. Getah sekarang ini mahal, kelapa sawit pun mahal. Kedua-dua tanaman ini tidak bermusim seperti durian. Koko juga mahal. Yaaa tepuk dada tanya selera. Seekar getah pendapatannya RM1200 sebulan, seekar sawit pendapatannya RM1000 seekar dan koko RM 1500 seekar. Durian? RM 50 seekar sebulan.. 

Fikir-fikirkanlah!! Mungkin ramai yang menaip kata kunci ini di enjin carian, tetapi bacalah artikel ini terlebih dahulu dan buat pertimbangan dan perbandingan. Bukan saya nak melarang cuma nak ajak berfikir dan menilai.. antara kata kunci yang popular dalam enjin carian ialah; 1)baka durian terbaik 2)bagaimana cara menyemai durian 3)cara memilih biji benih durian 4)cara menyelanggara dusun durian 5)jenis-jenis durian 6)koleksi gambar buah durian 7)jenis dan kategori durian 8)teknik dan cara kahwin durian 9)menanam durian boleh jadi jutawan 10)penyakit-penyakit durian dan cara mengatasinya

Sabtu, 19 Jun 2010

Mengapa Harus Menabung?

Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Woman’s Institute For A Secure Retirement and National Centre For Woman Retirement Research di Amerika beberapa tahun lalu, ada beberapa alas an mengapa wanita perlu memberi perhatian lebih pada masalah kewangan berbanding lelaki. 

 Jangka hayat wanita ‘kebiasaannya’ lebih panjang berbanding lelaki. Makin lama kamu hidup maka makin besarlah jumlah dana yang harus kamu peruntukkan untuk membiayai perbelanjaan kamu di hari tua kelak. 

 Wanita lebih kerap berhenti kerja berbanding lelaki. Wanita memang rela meninggalkan pekerjaan demi kehidupan rumah tangganya. Perkara ini pastinya mempengaruhi perbelanjaan kewangan harian kamu. 

 Jumlah kaum wanita yang melabur adalah lebih kecil berbanding lelaki. Misalnya dalam sesuatu pelaburan, kebiasaanya kaum wanita lebih gemar memilih risiko yang lebih kecil. Hakikatnya, lebih kecil risiko maka lebih kecil pula hasil pelaburannya itu. 

 Wanita juga lebih kerap bertukar-tukar kerja berbanding lelaki. 

 Wanita lebih ramai yang memerlukan dana untuk kesihatan. Pelbagai jenis penyakit yang boleh menyerang wanita, dan perkara ini harus diambil serius dari sekarang.

Kuasa RM50 Sebulan

Membayar bil-bil kad kredit kamu untuk mengurangkan baki kad kredit boleh memberikan kamu ‘simpanan’ sebenar. 

Mambayar amaun minimum yang perlu dibayar adalah MERUGIKAN! Kenapa? Satu contoh menunjukkan apa yang boleh dibuat dengan duit RM50. 

Jika kamu mempunyai satu kad kredit dengan baki RM5000 dan kadar faedah tahunan sebanyak 18%, dan kamu hanya perlu membayar RM250 sebulan iaitu bayaran bulanan minimum 2% yang telah ditetapkan. Dan ini akan menyebabkan kamu perlu menjelaskan bil tanpa sebarang pembelian tambahan yang dibuat dalam tempoh masa lebih dua tahun! Malah, untuk maklumat kamu, pembayaran RM250 itu (lebih dari 2 tahun) bermakna kamu telah membayar lebih daripada RM6000 (Bukan RM5000). Dan ia membawa maksud kamu telah membayar 20% lebih daripada hutang asal dalam tempoh itu. 

Ini bermakna kamu telah membazirkan wang kamu sebanyak RM1000++ tanpa membuat sebarang pembelian dalam tempoh masa tertentu. Kini terdapat satu idea yang hebat untuk menjimatkan wang kamu agar tidak terus dibazirkan. Jika kamu membayar tambahan RM50 sebulan untuk hutang itu, bagi jumlah bayaran sebanyak RM300 sebulan, kamu akan menjelaskan hutang itu dalam masa setahun dan kamu dapat berjimat sehingga RM400 bagi pembayaran faedah tersebut. Jadi, RM50 sebulan boleh menjadi agak berkuasa untuk menentukan masa depan kamu!.

Hanya Segelas Teh Tarik RM1.50

Tahukah anda bahawa dengan tidak mengambil segelas “teh tarik” RM1.50 setiap hari, kamu boleh menjimatkan lebih daripada RM5,400 dalam masa 10 tahun? Inilah kebenarannya. Sekirannya wang dijimatkan dalam satu akaun yang membayar faedah sebanyak 5 peratus yang di kompaun harian. Cuba fikir, jika kamu menjimatkan ratusan Ringgit sebulan untuk tempoh 10 tahun itu. Sudah tentu sekarang ini kamu sedang bercakap tentang WANG BESAR! Yang besaaar punyaaa… Walaubagaimanapun, untuk mencapainya ini kamu perlu Merancang Dari Sekarang.. Hari ini juga… Bukan besok…tak main lah kalau besok-beeesok!!!

10 Tahun Macam Sehari..Wang RM10,000 Ada Tersimpan Tak Disedari..

Tahukah anda bahawa setiap orang ada keinginan untuk menabung atau menyimpan wang setiap bulan? Dan tahukah anda bahawa ramai yang gagal di tengah perjalanan? Apa yang menyebabkannya TAK MENJADI?? Faktor utama ialah lalai, malas dan tak bermotivasi. Malah pengurusan kewangan yang tak menentu juga menjadi faktor besar dalam masalah ini. 

Tidak dinafikan ada juga orang yang berjaya menabung hingga beribu-ribu malah berpuluh ribu tetapi lagi ramai orang yang tak punyai tabungan langsung walaupun RM1000. Nah, kali ini saya ingin berkongsi satu idea yang telah saya amalkan beberapa tahun yang lalu. Kesedaran mulai timbul apabila duit gaji walaupun beribu-ribu setelah potongan angkasa (BPA), duit itu cukup untuk belanja dan berhibur selama 1 bulan sehingga tanggal hari gaji seterusnya. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com). 

Idea saya yang sangat menjadi ini ialah, tetapkan jumlah simpanan seperti RM50 atau RM 100 setiap bulan. Memang agak payah jika setiap bulan kena ke bank untuk urusan ini tetapi belajarlah menggunakan perkhidmatan bank mobile, CIMB click, maybank2u, malah terlalu banyak bank sekarang ini yang menawarkan perbankan secara online atau secara mobile (telefon bimbit-sms), caranya cukup mudah, buka 1 akaun yang sesuai tanpa kad ATM (Tentu agak susah untuk mengambil wang dalam akaun tanpa kad ATM), nekadkan dalam hati untuk membuat tabungan tetap. 

Buka akaun online seperti CIMB click atau yang lain. Masukkan akaun yang dibuat khas untuk menabung sebagai fav atau pilihan tetap. Selepas itu setiap kali hari gaji, sambil minum kopi dan berFACEbook, transferlah RM50 atau RM100 (mana-mana sahaja mengikut kehendak individu), dan pastinya setiap bulan kita melakukannya dengan mudah..Nah lihatlah hasilnya. 

Kita hitung dalam sepuluh tahun, jika RM50 sebulan maka 10 tahun kita ada tabungan RM6000. Jika menabung RM85 sebulan maka kita aka nada RM10,000 dalam masa 10 tahun. Kalau RM100 sebulan, RM 12,000 sepuluh tahun, kalau RM200 sebulan- RM24,000 dalam 10 tahun atau RM 48,000 dalam 20 tahun… Amacam..kalau tak sanggup yang besar punya, fikirkanlah RM30 juga sudah memadai… 

Kita berbelanja RM50 macam sangat kecil bila berada di supermarket.. Jadi untuk tabung masa depan… inilah formulanya… Malas ke bank adalah manfaat besar bagi anda. Satu perkara lagi…simpan buku akaun tersebut di tempat yang susah bagi kita untuk mengambilnya… contohnya, jika anda berkerja di KL, biarkan buku akaun tabungan kita itu berada di kampung anda.

Jumaat, 12 Februari 2010

Dapatkan Duit Tunai USD$100,000 (RM350,000) Dalam Sekelip Mata!!

" Dapatkan duit cash berjumlah USD100,000 dalam masa seminggu sahaja..
Dalam sekelip mata juga anda boleh mendapatkannya...
Nak tau apa rahsianya... nah ini lah dia... ni betul-betul ni.. kisah yang benar lagi nyata... bukan rahsia lagi tapi sebenarnya anda dah tahu.... saya beri jaminan wang itu anda akan dapat dalam masa seminggu... jika anda yakin dan berusaha bersungguh-sungguh... kami janjikan ia akan jadi kenyataan... dengan sedikit kerja.. hanya 5 minit sehari luangkan bersama kami dan tidak perlu menaja atau mendapatkan downline... hanya kerja untuk sendiri... dalam masa seminggu... Lebih daripada USD100,000 atau dalam RM350,000 atau hampir/lebih dari jutaan keping duit cash anda akan perolehi....Hubungi kami untuk mendapatkan peluang terbaik di dunia ini... tiada yang setanding dengan kami..kamilah yang terbaik... kerana pulangan lumayan itu benar-benar akan anda perolehi.." Nah inilah dia peluang... bagi anda yang tak berfikir masak-masak dengan dialog seperti yang anda baca sebentar tadi...andalah yang akan masak... masak macam masak kari.. atau macam masak maggie.... atau seperti roh dan jiwa kamu yang dah kena masak oleh dakya-dakya PANIPU ini... bukan saya nak hina atau perlih dorang yang sering buat iklan-iklan yang nak perdaya sesiapa... tapi realitinya... dah berapa orang yang dah tersilap perhitungan suatu masa dahulu apabila...cendawan-cendawan swisscash, ebarrel, dina, dan sebagainya tumbuh dalam masyarakat hinggakan pada masa itu bank-bank yang menyediakan perbankkan elektronik seluruh negara bersesak-sesak dengan pelanggan yang ingin membuka akaun... contohnya macam bank Maybank yang saya lihat.. setiap hari sabtu akan ada kaunter yang dibuka untuk melayani orang-orang yang kena masak ini.... Cuba lihat dalam bharian.com.my atau mana-mana media elektronik atau media cetak..ada sahaja iklan kecil yang ingin menarik perhatian dan simpati orang ramai untuk ikut pelaburan mereka.... heeiii manusiaaa... masih tak serik-serik lagi kaaaaa... wokeh lah... ni saya ada rahsia bagaimana menjadi kaya atau jutawan dalam beberapa hari sahaja.... kalau nak mendalaminya pun mungkin dalam beberapa minggu atau tahun juga lah... ok ni yang pertama... perniagaan hartanah...buat rumah sewa, jual rumah, atau sebagainya... Bagi yang memiliki tanah yang luas... bukalah dan tanamlah apa-apa yang patut....sawit, getah, sayur dan sebagainya.... membina kolam-kolam perternakan ikan dan udang, menternak lembu,kambing, ayam dan itik... kan kita selalu dengar orang-orang yang jadi jutawan dalam sekelip mata kerana perniagaan dan pelaburan yang lebih reality ini... lupakanlah niat anda yang nak jadi kaya sekelip mata tu.. ia tak semudah yang disangkakan... Ada tak anda mengikuti perkembangan rompakan yang baru-baru ini berlaku di Semporna Sabah, macammana agaknya nasib perompak itu selepas ini yang dah jadi kaya raya kini... bukankah harta yang tidak berkat selalu tidak kekal... bukankah selepas ini ia akan tertangkap lalu dipenjarakan... kaya raya kah kalau begitu.....Fikir-fikirkanlah...
Beritahu masalah ini kepada Celcom Maxis dan Digi http://full-linesignal.blogspot.com
"Kaya ilmu dan jiwa yang bersih lebih baik dari kaya harta dan benda"