Zaman 90-an telah pun jauh kita tinggalkan. Kini zaman panas DURIAN tidak lagi sehebat zaman 90-an.
Sekarang ini menanam durian tidak lagi berbaloi. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan kenapa durian bukan lagi satu penghasilan yang lumayan bagi para peminat tanaman ini.
Secara jujurnya saya juga ada menanam durian beberapa pokok di tanah-tanah yang saya miliki. Ayah saya juga menanam durian seluas 6 ekar.
Pakcik-pakcik saya ada dusun durian berpuluh ekar. Namun, penelitian saya mengesahkan bahawa durian tidak lagi bernilai. Dalam 6 ekar tanaman durian ayah saya, pandapatannya tidaklah besar, cukup untuk membeli baja, racun dan mengupah orang untuk kerja-kerja penyelenggaraan kebun tersebut.
Dalam 10 ekar ke atas dusun durian pakcik saya di Pinawantai dan Togop Darat, saya lihat dia hanya mempu meraih pendapatan sebanyak RM15,000 setahun. Satu angka yang agak besar jika diterima setiap bulan. Jadi purata bersih bagi pendapatan tersebut sebulan ialah RM500 sahaja apabila ditolak segala kos penyelanggaraan. Harga durian di pasaran sekarang agak merundum.
Apabila musim durian tiba, kita akan nampak timbunan buah durian di merata-rata tempat. Tetapi tahukah anda bahawa peraih buah ini akan menggred buah ini dari gred A hinnga D dan termasuk juga gred G (giuk-Ulat). Pada musim durian yang lalu saya pergi menghantar buah durian ini ke pasar.
Dalam 100Kg buah durian tersebut, 10kg adalah gred A dan harga RM3 sekilogram, 20kg gred B dengan harga sekilogram RM2, 15kg Gred C dengan harga sekilogram RM 1.50 dan Gred D sebanyak 30kg Gred D yang mana harga sekilogramnya Cuma RM1. Manakala gred G (Reject) 25Kg dan harga sekilogramnya ialah 50sen bergantung kepada keadaannya.
Ini harga sekali sekala sahaja kadang-kadang sahaja ada mahalnya. Bagi di Semenanjung harga sekilogramnya ada yang menceritakan pernah merosot hingga 20 sen sahaja sekilo. Menanam durian tidaklah susah tetapi apa yang susahnya ialah penyakit pokok durian yang mudah merebak dan menjadi-jadi. Pokok durian agak sensitif dan mudah kering. Jika berlaku musim kemarau selama 3 bulan sahaja pun akan mengakibatkan beberapa pokok durian akan layu.
Seperti yang dialami oleh pakcik saya yang memiliki dusun durian di Kg. Daramakan Ranau, sebanyak 90 pokok durian yang sedang berbunga telah kering akibat kemarau el-nino pada tahun 1998, termasuklah abang kepada pakcik saya yang memiliki 6 ekar durian di Daramakan yang telah kering akibat dari fenomena itu. Yang hairannya, pakcik saya masih juga menanam durian dang menggantikan pokok yang kering dengan pokok yang baru. Tahun 2010 bulan Mac, muncul lagi musim kemarau dan kering lagi.
Orang yang menanam getah dan kelapa sawit sahaja yang ’makan-makan’. Menyebut tentang getah dan kelapa sawit, nah inilah mesej yang cuba saya sampaikan. Getah sekarang ini mahal, kelapa sawit pun mahal. Kedua-dua tanaman ini tidak bermusim seperti durian. Koko juga mahal. Yaaa tepuk dada tanya selera. Seekar getah pendapatannya RM1200 sebulan, seekar sawit pendapatannya RM1000 seekar dan koko RM 1500 seekar. Durian? RM 50 seekar sebulan..
Fikir-fikirkanlah!! Mungkin ramai yang menaip kata kunci ini di enjin carian, tetapi bacalah artikel ini terlebih dahulu dan buat pertimbangan dan perbandingan. Bukan saya nak melarang cuma nak ajak berfikir dan menilai.. antara kata kunci yang popular dalam enjin carian ialah; 1)baka durian terbaik 2)bagaimana cara menyemai durian 3)cara memilih biji benih durian 4)cara menyelanggara dusun durian 5)jenis-jenis durian 6)koleksi gambar buah durian 7)jenis dan kategori durian 8)teknik dan cara kahwin durian 9)menanam durian boleh jadi jutawan 10)penyakit-penyakit durian dan cara mengatasinya