Memaparkan catatan dengan label Pelik Dan Aneh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik Dan Aneh. Papar semua catatan

Khamis, 5 Jun 2014

Pokok Terbesar Di Dunia

Kalau mahu mencari pokok gergasi, datanglah ke Amerika, tempatnya di Giant Forest, Taman Nasional Sequoia, Amerika Syarikat. Disana hidup salah satu fenomena alam pohon yang sangat besar. Nama pohon ini diambil dari nama seorang pimpinan Perang Saudara Amerika, Jeneral William Tecumseh Sherman. Pohon ini pernah dianugerahkan sebagai pohon terbesar di dunia pada tahun 1931. Umur Pohon ini dianggarkan lebih kurang 22 Abad, dan memiliki Volume kayu 1487 m³.

Tinggi (dihitung dari tanah) pokok ini adalah 83.8 meter. Sementara ukur keliling batang di tanah adalah 31.1 meter. Perhatikan gambar dibawah untuk membandingkan besarnya pokok raksasa tersebut dengan manusia dewasa :

fenomena alam pohon terbesar di dunia


Namun di benua Afrika ternyata ada yang lebih raksasa dan dinobatkan juga sebagai  pokok terbesar di dunia, yang diberi nama Baobab. Boabab disebut juga Tree of Life (pokok Kehidupan) kerana pokok ini berumur panjang, mencapai 800 tahun. bahkan pokok Boabab dalam gambar dibawah dianggarkan berumur 15 abad.


fenomena alam

Baobab dapat menyimpan 300 liter air sekaligus selama musim hujan yang sangat jarang terjadi di Afrika, pokok ini dianggap keramat di daerah asalnya kerana mengingatkan penduduk tentang nenek moyangnya. Pokok ini juga terkenal kerana salah satu Formasi Baobab di Madagaskar yang paling terkenal dan mendapat publisiti secara massal setelah menjadi subjek The new 7 Wonder Nature.



Kalau pokok-pokok ini berada di Malaysia  mungkin sudah lama hilang di tebang kemudian dieksport keluar negeri dalam bentuk beroti bundle atau mungkin papan. Faham2 sahajalah berapa banyak 'kapsit' antara menteri-menteri kita dengan tauke-tauke balak yag telah banyak menggondolkan bumi bertuah kita ini..walahualam...

Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam A.S.


Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.


Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai 'Adam Bridge'.

Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.


Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.

Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.

Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).


Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan.

Selain 'Adam Bridge', terdapat dua lagi penemuan arkeologi yang terkenal yang dikategorikan sebagai OOPART.

Crystal Skull

Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau 'Crystal Skull' yang merupakan artifak peninggalan bangsa Maya di Yakatan, Mexico.

Seperti yang sudah diketahui ramai, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan Bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012 yang lalu. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini.

Namun, selepas penemuan Tengkorak Kristal, ramai ahli arkeologi merasakan terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna kerana tengkorak ini dihasilkan daripada batu permata Amesthyst.

Soalnya, sejauh manakah bangsa Maya ketika itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia sedangkan manusia di zaman teknologi sekarang pun amat sukar untuk mengukir batu permata ini?

Tulisan Hiroglif Mesir Kuno


Selain artifak purba Maya, satu lagi penemuan yang dianggap sebagai OOPART adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi.

Yang peliknya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman ini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang mungkin wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini kekal menjadi tanda tanya kerana pesawat pertama yang dicipta di muka bumi hanya berlaku pada abad ke 16 yang dicipta oleh dua orang adik-beradik, Orville dan Wilbur Wright.

Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun.

Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat, perkara ini adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman.
 

Ahad, 1 Jun 2014

Basug!! 3 Bayi Kembar Dilelong Di Tepi Jalan

            Tiga bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.
             Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu. Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

            Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang. Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar. Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

            Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat. “Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

           Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak. Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu. Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020. -Mynewshub

Selasa, 9 April 2013

RANGKA MANUSIA TERBESAR DIJUMPAI DI ARAB SAUDI


RANGKA MANUSIA TERBESAR DIJUMPAI DI ARAB SAUDI

Giant human skeleton terjumpa di Arab Saudi.Perhatikan gambar-gambar dibawah.

An image (top) of a giant skeleton being unearthed by an archaeological team began to circulate online in early 2004. It was accompanied by text that described how this skeleton had been found in Saudi Arabia

Jumaat, 5 April 2013

7 PEPERANGAN PALING ANEH DALAM SEJARAH DUNIA


1 - The Anglo-Zanzibar War:  perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit
Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.
Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.
2 - The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi
The Pig War
Pig War @ Perang Babiadalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.
Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya 'mangsa' perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.
3 - 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada korban
335 Years War
Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom). Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.
4 - Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari
Moldovan-Transdniestrian WarSetelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.
Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama. Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.
5 - Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu
Emu War
Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia. Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang,  panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air.

 Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.
Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' - hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'Emu War' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.

6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bolasepak
The Football War
Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara.

Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras. 
Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.
7 - War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf
War of 1812Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat.

Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.
Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.
Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.








Sumber ; apEsal.coM

Sabtu, 30 Mac 2013

Mouse With Human Ear




The mouse had been implanted with a tumor of human cartilage and a form
had been placed over the back so that the tumor would grow into the
shape of an ear. While the mouse wasn’t genetically engineered to make
a human ear, the production of the cartilage tumor cells involved
genetic engineering.

Binaan Rumah Yang Pelik



Rumah pelik dibina oleh orang pelik... 

Misteri Batu-Batan Bergerak Dengan Sendiri













Pelik bin ajaib.. macammana batu tu boleh bergerak dengan sendiri tanpa ada sesuatu yang mendorong atau menolaknya? hairan juga ye... tapi kalau benda ni dah di set... kan senang ja dapatkan jawapannya kikiki

Lubang Gergasi


Beberapa tahun yang lalu, Bandar Guatemala telah dikejutkan dengan kemunculan lubang gergasi yang terjadi di akibatkan oleh hujan lebat dan ribut tropika Agatha. Ianya juga telah menelan tiga buah rumah.















































Ngeri....dalam.....hisssssshhh bikin takut je lubang gergasi tu.. nasib baik tidak terjadi di tempat kita... 

Selasa, 30 Oktober 2012

Gambar-Gambar Unik Yang Terbaik Di Dunia