Jumaat, 20 Jun 2014

Gambar/Cerita: Pengalaman Aku Diserang Appendiks!!




Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatu..

Hari ini genaplah seminggu pasca pembedahan Appendiks yang saya tempuhi 13JUN yang lalu, di Hospital Ranau. Artikel ini hanya sebagai memperingati kisah-kisah sepanjang aku berada di Hospital Ranau. Kepada pihak Hospital, jutaan terima kasih kerana merawat aku hingga aku sembuh, terutama staf-staf di wad pesakit lelaki yang sangat2 prihatin semuanya, dan maaf kerana mengambil gambar di kawasan Hospital tanpa izin... ngeeee... p.n.w... :)

Nama aku, Hamsun Bin Masan, bekerja sebagai guru, peladang, peniaga dan macam2 lagilah (all in 1),
aku bertugas di SKK-SK. Perancangan Ranau, dan membuka kebun dan perniagaan di sekitar daerah ini. Aku mula merasa seperti sakit gastrik pada 10hb Jun, tapi mengganggapnya ringan. Aku memang ada rasa sakit gastrik tetapi dah biasa..

Pada 11hb Jun 2014 saya mengalami kesakitan perut yang luar biasa di bahagian tengah, dimasukkan di Wad Kecemasan Ranau pada jam 4.00 pagi, dan di benarkan pulang ke rumah pada jam 1.30 petang. Mungkin kerana bisa ubat penahan sakit yang disuntikkan, saya tidak merasa sakit apa-apa. Saya hanya disahkan mengidap gastrik. Ubat gastrik yang dibekalkan cukup baik kerana menyembuhkan gastrik atau dugal saya dengan cepat.


Malamya, sakit di bahagian abdomen sebelah bawah kanan mulai terasa, pergi ke rumah tukang urut kampung, dan sakit reda sedikit, tetapi masih ada sedikit denyut2.

13Jun2014, hari Jumaat yang berkat, sepanjang masa ini sakit amat terasa..dari pagi ke petang, membawa kepada pembedahan appendicectomy. Jam 4 petang hari ini, saya dimasukkan semula ke Wad Kecemasan Ranau kerana sakit yang dialami bukan lagi kepalang. Sakit macam ditusuk pedang samurai (barangkalilah belum pernah ditikam). Ujian air kencing, ujian darah dan segala macam ujian termasuk x-ray mengesahkan saya sah mengidap appendicitis. Pembedahan harus dijalankan sebelum jam 8.00 malam.


Borang pengesahan pembedahan disogokkan dan ditandatangani sendiri oleh isteri saya yang sentiasa menemani dari mula saya masuk hospital, walaupun sedang hamil dan hampir2 bersalin.


Doktor memberi nasihat terakhir seperti berikut;

1. Pembedahan akan dibuat secara emegency
2. Sekiranya appendiks telah pecah, luka pembedahan akan ditutup dan pesakit akan dikirimkan ke Hospital Queen di KK dan lebih pakar, serta merta.
3. Pembedahan hanya akan berjaya di Ranau jika belum ada tanda2 pecah.
4. Ini yang kurang difahami oleh sesetengah orang apabila pesakit tiba2 dikirimkan ke Hospital Besar.

Saya di pindahkan ke dari Wad Kecemasan ke Wad lelaki lebih kurang jam 5.30 petang. Masa menunggu agak lama dan kesakitan semakin memulas-mulas. Dalam kondisi begini, tidak sabar rasanya hendak dibedah. Rasa sakit seolah2 seperti sebilah pisau ramboo sedang terbenam erat di abdomen bawah kanan perut aku....aduhhh..

Menjelang jam 8.00 malam, datanglah beberapa jururawat, mula-mula suruh buka semua baju termasuk seluar dalam, pakai baju khas dan topi khas, pasang saluran kencing automatik. Ni bab yang sakit sedikit, hos kencing disusuk ke pundi kencing.


Jam 8.00 malam, saya di usung ke Bilik Pembedahan, ahli keluarga tidak dibenarkan ikut ke dalam. Isteri saya mulanya dibenarkan, tetapi selepas mendapati isteri saya tengah hamil, kebenaran ditarik semula.



Di dalam bilik pembedahan, saya nampak mereka semua bersedia dengan persediaan yang rapi. Seorang pun saya tidak kenali (atau mungkin kesakitan yang amat sangat saya lupa semuanya), kata-kata terakhir yang saya ingat ialah, tidurlah engkau... (odop noh kio..podopon kondi mando...) tuuutttttt.. saya tidak sedar lagi.. Terima kasih kepada tuan2 puan2 yang bertugas di dalam wad pembedahan malam itu, saya tidak sempat ucap ponsikou kerana tidak sedar. Ponsikou tagaaayo kio..



Saya difahamkan bahawa saya masuk ke Dewan Bedah Hospital Ranau, jam 8.00 Malam dan keluar pada jam 11.50 Malam. Selepas itu dihantar semula ke Wad Rawatan, di angkat ke katil oleh beberapa orang saudara/staf dalam keadaan tidak sedar serta dipakaikan pakaian hijau tu.
Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya tersedar.. dan bermula kehidupan di dalam Wad Lelaki sehingga jam12.00 t.hari pada 17hb Jun 2014. Secara total, saya berada di dalam wad tersebut selama 4 hari.


Waktu paling sakit dan perit ialah ketika hendak bangkit dari baring, tapi Nurse tu selalu suruh2 bangun, buat exercise katanya, kalau tidak kau lambat pulang, saya cuba juga sedaya upaya.


Perkara2 yang mesti berlaku selepas pembedahan ini ialah kentut, kerana dengan kentut ia menandakan bahawa ada pergerakan usus, kerana masa pembedahanberlangsung, usus telah dibius. Saya bukan hanya kentut, malah ke tandas dan buang air besar dengan banyaknya.

Dari jam 12.00 t.hari Jumaat, hingga hari Isnin, saya tidak dibenarkan minum sedikit pun, apa lagi kalau menjamah sedikit makanan. Fuuuhh, rasanya sangat letih dan amat letih yang luar biasa, hanya berbekal air glukos biru dan merah, yang dititiskan ke dalam darah melalui hos dan jarum.



"TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA"
1. Isteri yang sentiasa taat di sisi selama saya masuk di wad, walaupun sedang sarat mengandung anak ketiga.
2. Ayah yang rajin menghantar kesana sini dengan kereta proton saganya. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, saya akan belikan kereta yang lebih baik lagi.
3. Doktor yang banyak membantu.
4. Jururawat2 yang sentiasa memberi rawatan rapi dan teliti sepanjang masa. Selalu juga dipanggil-panggil ketika memerlukan bantuan.
5. Team work yang sangat mesra di Wad Pembedahan.
6. Doktor2 dan staf nurse di Wad Kecemasan Ranau.
7. Ibu bapa dan Ahli keluarga yang sentiasa mendoakan.
8. Pelawat2 yang dimuliakan.
9. Seluruh warga Hospital Ranau.
10. Semua rakan sekerja dan bos yang memahami.
11. Semua penghuni wad yang friendly dan mesra.
12. Semua yang bercita2 untuk bertugas di Hospital samaada ingin menjadi doktor, Nurse, Pegawai Kesihatan, Pembantu Perubatan, Pekerja Biasa, Sekurity dan semuanya. kerja ini baik sangat, teruskan cita2 anda. Tanpa cita2 anda, hospital tidak akan wujud.


"SYUKUR ALHAMDULILLAH"
Syukur kehadrad Allah swt atas limpah kurnia-Nya dan inayah-Nya yang memberi kesembuhan dan memberi segala kudrad dan iradat. Rezeki sakit dan sembuh adalah semuanya dari-Nya.. Allah swt sahaja yang layak dan berhak disembah. Alhamdulillahi robbil alamiin..

Dibenarkan pulang ke rumah, T.hari 17JUN2014 hari Selasa.

Gambar seterusnya ialah Pakcik Harimin dan Pakcik Suadin Lamid yang sama-sama ditahan di Wad Lelaki.
Pakcik Suadin menghidap Malaria, manakala pakcik Harimin mengidap sesak nafas.




DIRINGKASKAN KRONOLOGINYA BEGINI:
11JUN - 4.00AM Masuk Wad Kecemasan
11JUN - 1.30PM Dibenarkan Pulang (Gastrik Sembuh)
13JUN - 4.00PM Masuk Wad Kecemasan
13JUN - 5.30PM Pindah Ke Wad Lelaki
13JUN - 8.00PM - 11.40PM Dewan Pembedahan
15JUN - Tanda2 Ada Pergerakan Usus
15JUN - Dibenarkan minum
16JUN - 9.00AM Dibenarkan Makan Lembut
17JUN - 12.00PM Dibenarkan Keluar
19JUN - 8.00AM Buka Jahitan

Sekian, terima kasih...

Tag: Apa itu Appendiks, Pembedahan Apendik, Bagaimana Appendiks Berlaku, Kesan Appendiks, Pantang Larang Selepas Pembedahan Appendiks, Apa Kata Doktor Tentang Appendiks, Artikel Lengkap Pesakit Menjalani Rawatan Pembedahan Appendiks, Appendics, Hospital Ranau, Pakar Bedah Appendiks Ranau.