Selasa, 24 Jun 2014

Shoping Online: Masih Ramai Yang Tidak Faham

Assalamualaikum whb..
Isu yang bermain di kepala saya sekarang ini ialah kenapa masih ramai orang yang tidak tahu apa itu berbelanja secara dalam talian..

Dia simple saja tu.. anda bayar dan barang akan sampai ke alamat anda beberapa hari kemudian.

Sekurang-kurangnya korang ada akaun online juga, seperti cimbclicks, maybank2u, dll. Buka akaun tu senang ja, daftar saja di mesin ATM, pastu buka di laman web bank tersebut.

Cara pembayaran agak simple juga, klik transfer dan buat pindahan ke akaun orang yg bisnes online tadi. Lepastu beri maklumat seperti tarikh dan jam berapa transfer duit, alamat penghantaran dan jenis barang yang dipesan.

Syok baa shoping online ni, duduk2 ja di rumah, besok2 barang pun sampai.

Saya sendiri telah habis beribu2 ringgit berbelanja dalam talian ini. Antara barang yang selalu saya pesan adalah telefon, repeater, booster, kamera, alat ganti telefon, alat ganti kereta dan sebagainya. Hingga hari ini saya belum pernah menjadi korban penipuan, walaupun sering lalai tidak pernah peduli dengan siapa saya berurusan.

Ada rakan bisnes online mengadu bahawa dia sering ditanya di mana letaknya kedai dia. Sebenarnya para pelanggan harus sedar, soalan sebegitu tidak sesuai diajukan kerana kedai mereka yang sedang bisnes online sebenarnya sedang didepan mata anda. Anda sedang online melalui laptop ataupun smartphone, naa itulah kedai mereka sebenarnya. Anda sedang berada didalam kedai mereka..

Banyak tempat yang anda boleh berbelanja secara online, misalnya di www.lelong.comwww.mudah.my dll.

Satu contoh, di Ranau Hijab n DressJubah Factory www.facebook.com/Ranauhijabsfactory Perniagaan mereka adalah secara atas talian, tidak berada dalam lokasi yang tetap, tetapi pemiliknya sentiasa peka dengan order yang dibuat, saya order hari ni lusa barang sampai. Kedai nya ada di depan mata anda diatas screen telefon atau laptop anda sendiri.

Pokoknya, shoping online memang seronok.... bagi yang belum pernah mencuba, atau masih ragu2, ubahlah sikap anda, orang lain telah maju ke hadapan anda masih ketinggalan jauh ke belakang, apa guna gadjet canggih2 di tangan anda, apabila urusan jual beli di internet pun tidak tahu.. hehe