Isnin, 7 Julai 2014

Pengalaman Isteri Hamil Terlebih Bulan

Melahirkan Bayi Secara Induce Yang Amat Menyakitkan..

Assalamualaikum whb..

Hari ini tanggal 7hb Julai 2014 bersamaan 9 Ramadhan 1435, jam 5 Pagi baru sahaja selesai bersahur di rumah sepupu bernama c Gendiri di Inanam. Teringin nak buat satu catatan pengalaman isteri saya hamil terlebih bulan dan di induce di Hospital Wanita Dan Kanak2, Kota Kinabalu atau lebih dikenali Hospital Likas..

Sepatutnya due isteri saya beranak adalah pada 24Jun2014, tetapi terlanjur beberapa hari.

Dia diberi masa oleh doktor selama 9 hari lagi dan setiap isnin serta Khamis dikehendaki berada di KKIA Ranau.

3Jun2014 ke KKIA Ranau, terus di masukkan wad bersalin Hospital Ranau. Tiada tanda2 mau melahirkan walaupun telah terlebih 9 hari.

Pagi hari Jumaat 4Julai2014 lebih kurang jam 10 am dittansfer ke Hospital Likas dengan menaiki ambulans. Selama di wad Ranau, bukaan rahim hanya 1cm. Katanya malam tu ada darah keluar berserta lendir. Namun sehingga pagi tidak ada lagi bukaan, hanya sakit yang dirasai akibat cek bukaan yang banyak kali dilakukan. Jika sekiranya ada tanda fositif untuk bersalin, tidak perlu lagi di ttansfer ke Hospital Likas.

Sampai di Hospital Likas, direhatkan selama 1 hari.. katanya aduii sakit di cek bukaan cm berkali2 dan... saya pun tidak dapat bayangkan.. malam tu bukaan cm naik kepada 2 cm.

Pagi Sabtu, 5Julai2014 jam 7.30am bukaan masih 2cm. Ubat paksa bersalin satu biji tu dibelah dua dan dimasukkan (induce). Tidak boleh bergerak selama dua jam.

Petang tu kesakitan mula melanda, bukaan hanya naik ke 3 cm. Menjelang maghrib pendarahan berlaku, dan amat sakit. Pendarahan pun agak lebat. Malam tu dimasukkan ke dewan bersalin dan sekitar jam 10 malam akhirnya bayi selamat dilahirkan. Berat bayi sekitar 2.9kg berfizikal kecil dan mungkin itulah sebab kehamilan terlebih hari.

Segalanya selesai.. namun pendarahan agak banyak selepas melahirkan, agak membimbangkan.

6Julai2014, tengahari tu saya memberi dia minum air akar Lintotobou Merah, yang sangat berkhasiat membantutkan pendarahan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan segera, ubat tradisional tersebut diusahakan sendiri oleh ibu dan bapa mertua saya.

Menjelang petang, pendarahan semakin beransur redah dan semakin sedikit. Jam 7 malam akhirnya dibenarkan pulang. Kami dipelawa oleh sepupu singgah bermalam di rumahnya di Inanam.

Menjelang sahur tadi, alhamdulillah semuanya selamat dan ok.. bayi semakin sihat dan si ibu juga semakin sihat.

Dalam kesempatan ini, saya dan isteri ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Semua Warga Hospital Likas, Wad Kenanga 1 dan Wad Kenanga 3, Staf dan doktor, bantuan anda amat dihargai.. Kepada Hospital Ranau, Ambulans Ranau, Hospital Timbua, Klinik Pinawantai Ranau, Klinik Bundu Tuhan, dan semua yang memberi bantuan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah swt memberi ganjaran yang sangat banyak buat kalian di dunia malah di akhirat..