Tahukah anda bahawa setiap orang ada keinginan untuk menabung atau menyimpan wang setiap bulan? Dan tahukah anda bahawa ramai yang gagal di tengah perjalanan? Apa yang menyebabkannya TAK MENJADI?? Faktor utama ialah lalai, malas dan tak bermotivasi. Malah pengurusan kewangan yang tak menentu juga menjadi faktor besar dalam masalah ini. Tidak dinafikan ada juga orang yang berjaya menabung hingga beribu-ribu malah berpuluh ribu tetapi lagi ramai orang yang tak punyai tabungan langsung walaupun RM1000. Nah, kali ini saya ingin berkongsi satu idea yang telah saya amalkan beberapa tahun yang lalu. Kesedaran mulai timbul apabila duit gaji walaupun beribu-ribu setelah potongan angkasa (BPA), duit itu cukup untuk belanja dan berhibur selama 1 bulan sehingga tanggal hari gaji seterusnya. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com).
Idea saya yang sangat menjadi ini ialah, tetapkan jumlah simpanan seperti RM50 atau RM 100 setiap bulan. Memang agak payah jika setiap bulan kena ke bank untuk urusan ini tetapi belajarlah menggunakan perkhidmatan bank mobile, CIMB click, maybank2u, malah terlalu banyak bank sekarang ini yang menawarkan perbankan secara online atau secara mobile (telefon bimbit-sms), caranya cukup mudah, buka 1 akaun yang sesuai tanpa kad ATM (Tentu agak susah untuk mengambil wang dalam akaun tanpa kad ATM), nekadkan dalam hati untuk membuat tabungan tetap.
Buka akaun online seperti CIMB click atau yang lain. Masukkan akaun yang dibuat khas untuk menabung sebagai fav atau pilihan tetap. Selepas itu setiap kali hari gaji, sambil minum kopi dan berFACEbook, transferlah RM50 atau RM100 (mana-mana sahaja mengikut kehendak individu), dan pastinya setiap bulan kita melakukannya dengan mudah..Nah lihatlah hasilnya.
Kita hitung dalam sepuluh tahun, jika RM50 sebulan maka 10 tahun kita ada tabungan RM6000. Jika menabung RM85 sebulan maka kita aka nada RM10,000 dalam masa 10 tahun. Kalau RM100 sebulan, RM 12,000 sepuluh tahun, kalau RM200 sebulan- RM24,000 dalam 10 tahun atau RM 48,000 dalam 20 tahun… Amacam..kalau tak sanggup yang besar punya, fikirkanlah RM30 juga sudah memadai…
Kita berbelanja RM50 macam sangat kecil bila berada di supermarket.. Jadi untuk tabung masa depan… inilah formulanya… Malas ke bank adalah manfaat besar bagi anda. Satu perkara lagi…simpan buku akaun tersebut di tempat yang susah bagi kita untuk mengambilnya… contohnya, jika anda berkerja di KL, biarkan buku akaun tabungan kita itu berada di kampung anda.