Sabtu, 19 Jun 2010

8 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Berhutang!

Untuk menentukan had beban hutang kamu sendiri, kamu juga perlu mempertimbangkan: 

1. Kestabilan pendapatan kamu. 

2. Perbelanjaan lain kamu yang kerap dilakukan. 

3. Keperluan kamu untuk wang tunai dari bulan ke bulan. 

4. Perubahan dari segi keperluan tunai kamu apabila kamu dan keluarga kamu makin tua. 

5. Semua keperluan dan keinginan peribadi kamu! 

6. Sebarang perbelanjaan yang luar biasa akan mempengaruhi setiap perbelanjaan ‘tidak terancang’ seperti masalah ahli keluarga yang jatuh sakit atau keperluan perubatan khas kamu! 

7. Kamu perlu ingat bahawa hutang kamu yang diBELANJAKAN akan mempengaruhi pendapatan masa depan kamu. 

8. Mulakan dengan tabiat berjimat yang kerap. Adalah lebih murah untuk berjimat bagi sesuatu benda terdahulu daripada membeli benda itu secara kredit dan kemudian membayar ansuran dengan faedah yang telah ditetapkan. Pastikan beban hutang masa depan kamu adalah berpatutan.