Untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit, gantilah coli atau baju dalam yang dipakai sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada ketika mandi pagi dan petang. Jika terasa tubuh badan dibasahi peluh, ada baiknya kamu menukarkan coli terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Ada yang berpendapat, memakai coli ketika tidur boleh mengundang kanser payudara. Namun, pendapat ini adalah tidak benar sama sekali. Kanser payudara tidak ada kaitannya dengan coli. Deoderant yang digunakan membawa kepada kanser payudara? AWAS JIKA SELUAR DALAM KETAT
Seluar dalam yang terlalu ketat boleh menimbulkan kesan pada kulit, terutamanya di daerah celah kelangkang dan ia juga boleh mengundang kelembapan di kawasan vagina. Pilih underwear yang sedikit longgar, tetapi bukanlah yang terlalu kendur nanti tidak nampak cantik pula. Malah ada yang mengatakan bahawa tidak perlu memakai seluar dalam ketika tidak memakai tuala wanita, itu pun jika anda memakai seluar dan bukannya gaun atau skirt. Macammana pula kalau tak ada seluar dalam tapi memakai skirt paras paha… apa yang berlaku kalau tiba-tiba tergelincir atau terjatuh.. Sukar untuk meramal apa benda buruk yang akan terjadi pada anda dengan muka merah yang mampu memasak maggie…