Rabu, 16 November 2011

Harimau Muda 'NGAP' Garuda




Perlawanan yang sengit diantara Pasukan Harimau Malaya, Malaysia dan Pasukan Garuda, Indonesia berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno semalam.  Perlawanan yang dinantikan akhirnya menemukan kedua - dua negara untuk berentap bagi siapakah yang akan membawa balik pingat emas perlawanan bola sepak sukan SEA tahun ini.

Pada minit ke lima Harimau Malaya dikejutkan dengan jaringan gol daripada pasukan Garuda Indonesia apabila tandukan Gunawan memberi gol pertama kepada pasukan tersebut.  Ini menaikkan semangat pasukan Harimau Malaya untuk lebih fokus dan semangat yang kuat untuk menyerang pasukan Garuda Indonesia dan ternyata apabila tandukkan Asarudin daripada pasukan Harimau Malaya mendapat jaringan gol pertama di minit ke 35, dan ini membuat kan skor jaringan 1-1.

Kedua - dua pasukan tidak memberi ruang kepada mana - mana pihak untuk mendapat jaringan seterusnya dan ini membuatkan masa tambahan 30 minit diberikan dan juga penalti dan akhirnya Harimau Malaya dapat jua mematahkan sayap pasukan Garuda Indonesia dengan jaringan gol 4-3 menerusi penentuan penalti dan terus membuatkan pasukan Harimau Malaya meraih kemenangan dengan gol jaringan  5-4

Suasana di Sri Pentas ketika itu amat meriah dengan sorakan kemenangan dan kesyukuran daripada rakyat Malaysia disini yang tidak putus mendoakan kejayaan, dan  Harimau Maya berjaya mengngap Garuda Indonesia dengan ini Harimau Malaya masih mengekalkan tahtanya sebagai juara pingat emas perlawanan bola sepak sukan SEA tahun ini.

Ternyata, walaupun dengan pelbagai andaian yang diberi daripada pihak Indonesia kepada pasukan Harimau Malaya kita, walaupun pelbagai rintangan dan halangan mahupun ganguan dari hotel kediaman ke Stadium Gelora Bung Karno itu, ternyata pasukan Harimau Malaya tidak gentar dan kuat dari segi mental dan fizikal dan tak mudah undur dan berlari malah terus menyerang.

Kami dari Hot FM mengucapkan Tahniah kepada pasukan negara Harimau Malaya atas kemenangan ini dan kami doakan Ngauman Harimau Malaya akan terus kedengaran dan kuat!! MALAYSIA BOLEH!!