Rabu, 5 Mei 2010

Poko'ok atau TOKEK (Tokay Gecko) -Haiwan Melatah Termahal

Sekarang ini sangat heboh pasal Tokek (poko'ok). Ramai yang masuk ke hutan semata-mata untuk menangkap haiwan melatah ini dan khabar-khabarnya harganya amat lumayan iaitu RM30,000 bagi yang beratnya 300gram ke atas. 

Walaupun sesetengah daripada spesis haiwan ini mempunyai racun dan bisa yang mampu membunuh manusia dalam 5 minit tetapi masih ramai yang ingin mencuba untuk meraih hasil yang lumayan ini. Dengan menggunakan jaring penangkap rama-rama dan sarung tangan kulit, binatang ini dapat ditangkap dengan mudah di tempat-tempat habitatnya. 

Walaubagaimanapun ada juga pemburu-pemburu yang tak bernasip baik dan terkena dengan bisa racun haiwan ini..dan khabar-khabarnya sudah ada yang meninggal dunia di sebelah Kg. Kaingaran dan Karagasan. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. 

Walaupun pencarian kepada Tokek ini semakin rancak, namun pemburu selalu gagal mencari tokek (poko'ok) yang beratnya melebihi 300 gram. Kebanyakan yang berjaya ditangkap cuma di bawah 250gram dan harga jualan cuma sekitar Rm200 - RM500 seekor. 

Spesis gecko yang berbahaya adalah jenis yang bercabang lidah..ia mampu membunuh mangsanya dalam hanya beberapa minit. Para pemburu POKO'OK..jangan tersilap membandingkan antara tokek dan poko'ok lidah bercabang ini. Silap haribulan KERANDA yang engkau tempah..  

SEMUA maklumat TENTANG TOKEK (POKO'OK)  

MENU UTAMA