Sabtu, 24 April 2010

Tanda-tanda dan Penyakit

Loya/Muntah
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.  

Muntah Darah: 
Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong. 
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.  

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.  

Keluar Air Liur Pekat: 
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman  

KENCING 
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran. 
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. 
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.  

BUANG AIR BESAR 
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil. 
Najis Berdarah: Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.  

TINDAK BALAS BADAN 
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran. 
Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf. 
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. 
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. 
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. 
Proses penyeimbangan Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.  

TINDAK BALAS EMOSI 
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah. 
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab: Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah. 
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah. 

De’Hamsun! 2010