Jumaat, 28 Mei 2010

Hujung Minggu Di Sungai Pondiruon -Sungai Paling Bersih Di Sabah!

Siapa yang tidak teringin menikmati kesegaran air sungai yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai air sungai yang paling bersih dan tulen di negeri Sabah? 

Hujung minggu begini, lagi-lagi waktu panas teriknya matahari... adalah waktu yang amat sesuai untuk mandi-manda dan makan-makan di tepi sungai ini... wah seronok laaaa.. 

Tapi tu ja la... ndak boleh tangkap ikan.. sebab tempat ni sungai tagalan (bombon). Walau dengan apa-apa cara pun dilarang keras menangkap ikan, mengutip siput, memungut 'kulaut', atau apa-apa aktiviti pun asal berkaitan dengan hasil sungai..TIDAK BOLEH dilakukan.. Kalau ingkar juga... haa denda RM5000 atau penjara 1 tahun... he he he