Jumaat, 28 Mei 2010

Surau Nur-Iman

Surau Nur-Iman adalah surau yang diujudkan di bangunan usang sementara menunggu bangunan baru yang akan dibina oleh kerajaan. Bangunan surau ini telah diujudkan pada bulan ogos 2009 atas kesepakatan umat islam yang minority di kampung ini. Sehingga sekarang ini, surau ini sentiasa hidup dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti sholat berjemaah terutamanya pada waktu Maghrib dan Ishak. Kelas KAFA juga diadakan setiap hari Selasa dan Khamis jam 2.30 PM hingga 4.30PM. Aktiviti gotong-royong juga sering diadakan oleh umat islam di kampung ini bagi membersihkan kawasan luar dan dalam surau ini. Walaupun surau ini agak usang dan kecil, namun surau ini tidak pernah sunyi kerana ada sahaja jemaah yang bersholat disini setiap hari. (Gambar diambil ketika lawatan Datuk Amisah Yasin yang mana beliau juga telah berjanji untuk memberi keutamaan kepada masalah bangunan surau dan peralatan surau ini) janji..????