Jumaat, 28 Mei 2010

Puko -Binatang Misteri Mansaranam

Binatang pelik yang dijumpai di kawasan Mansaranam. Bentuk binatang ini seakan-akan seorang kambing tidak bertanduk tetapi mempunyai kaki yang kuat dan memiliki pergerakan yang pantas. 

Kelebihan yang ada pada haiwan ini ialah lidah yang lebar, panjang dan tajam. Lidah Puko ini mampu menjilat mangsa dan setiap kali menjilat, kulit dan daging mangsa akan terhakis hingga ke tulang. 

Haiwan ajaib ini juga mampu menumbangkan pokok besar dengan menjilat-jilat batang pokok tersebut hingga mengecil lalu tumbang. Mansaranam terletak tidak berapa jauh dari Kg. Pinawantai. 

Untuk pergi ke tempat ini, harus berjalan kaki selama kurang dari seminggu. Laluan yang perlu diredah adalah hutan belukar yang agak tebal, sehinggakan kaki tidak pijak tanah. Akar-akar kayu serta tumbuhan-tumbuhan menjalar sangat tebal. Ada yang mengatakan ketebalannya mencapai 12 kaki. 

Sungai Pondiruan di kawasan ini tidak lagi kelihatan tetapi mengalir di bawah hebut atau akar-akar kayu yang tebal dan berumur ribuan tahun. Sebelum tiba di kawasan ini, laluan yang curam akan dilalui dan terpaksa mendaki beberapa kali. Laluan yang paling curam adalah di kawasan air terjun yang ketujuh atau yang terakhir jika di hitung dari hilir. 

Air terjun tersebut sangat tinggi sehinggakan air sungai yang jatuh di bawah air terjun ini bukan lagi air tetapi sudah berpecah menjadi kabus putih akibat daripada tekanan yang terlalu tinggi. Selepas melepasi halangan ini, satu kawasan yang rata, luas dan cantik akan dapat dilihat. 

Disinilah pemandangan paling indah yang pernah diceritakan oleh orang-orang yang pernah membuat ekspedisi kesini. Badak sumbu, yang hanya ada beberapa ekor di negeri Sabah boleh didapati di kawasan Mansaranam ini.