Rabu, 18 November 2009

Kampung Pinawantai Ranau -SABAH MALAYSIA

Kg. Pinawantai-East Malaysia (Borneo Utara)-Tempat yang sangat menarik dan tumpuan orang ramai di daerah Ranau..Kampung Pinawantai sebuah kampung yang terletak 38km dari pekan Ranau. Untuk pergi ke sini anda haruslah menggunakan kereta pacuan 4 roda (four wheel drive 4WD). Ramai pengunjung datang ke sini setiap tahun. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sini ialah Gunung Tombuyukon, gunung yang ke-3 tertinggi di Malaysia. Terdapat juga kawasan air terjun yang berada di atas bukit Molong-Kolong, yang selalu dikunjungi oleh para pelancong dan setiap cuti sekolah pasti ramai belia yang datang untuk mandi-manda. Ada juga yang datang untuk mengambil sarang burung layang-layang kerana di sebalik air terjun yang tersergam indah, terdapat sebuah gua misteri tempat persembunyian burung-burung tersebut. Di atas bukit Molong-Kolong, terdapat satu kawasan yang dipercayai terdapat banyak batu kristal, batu-batu tersebut kelihatan putih dan bersinar-sinar dari kawasan Kampung Pinawantai, Kampung Tiukon, Kampung Monggis, Kampung Turuntungon, Kampung Togop Laut, Kampung Togop Darat dan Kampung Pahu serta dari Kampung Tarawas. Ramai para saintis datang untuk mengkaji batu tersebut namun ramai yang kecundang kerana tempat tersebut sangat curam dan berbahaya, ada juga mitos yang mengatakan kejadian pelik dan aneh dengan kemunculan lembaga aneh (ganjil) yang dipercayai penunggu batu tersebut. Kampung Pinawantai ini dahulunya adalah kawasan penanaman koko oleh Lembaga kemajuan Tanah Negeri Sabah, dan kini ia telah pun diserahkan kepada kerajaan dan sekarang ia telah pun diserahkan oleh kerajaan negeri sabah kepada penduduk kampung. Sekiranya anda bercadang untuk melawat tempat yang menarik ini anda haruslah melalui Jalan Ranau Telupid, masuk sebelah kiri iaitu Jalan Lohan Poring , setibanya anda di kampung Bongkud anda akan masuk ke sebelah kiri lagi iaitu Jalan Bongkud Perancangan Nopung. Anda akan melihat kontraktor Perwira yang sedang menaiktarafkan jalan raya di sini dan difahamkan bahawa jalan aspal tersebut di buat hingga ke Pekan Kota Marudu melalui Kampung Malangkap dan Kampung Marak Parak. Betapa hebatnya tempat ini nanti apabila jalan raya highway ini siap. Sekarang ini pun kami amat berterima kasih kepada Sabah Electricity (SESB) kerana sedang berusaha membekalkan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan Kampung Pinawantai, Tarawas, Tibabar, Soborong, Togop Laut. Togop Darat dan sekitarnya termasuklah Kampung Timbua, Kampung Lobou dan Kampung Tinutuan. Kanak-kanak dari kampung Pinawantai dan sekitarnya, termasuklah Kampung Pahu, Monggis, dan Turuntungon, Sasapan, Tiukon, Perumahan dan Buyut semuanya bersekolah di SK.Pinawantai Ranau. Selepas tamat tahun 6 mereka akan melanjutkan pelajaran di SMK Timbua, SMK Mat Salleh Ranau, SMK Ranau dan SMK Lohan. Ada juga segelintir dari mereka yang melanjutkan pelajaran ke bandar besar seperti SMK Likas, SM Sains Kota Kinabalu, Sek. Men. Berasrama Penuh Bukit Padang. Ada yang melanjutkan pelajaran Ke SMT Likas, SMT Kudat, SMT Tawau dan sebagainya. Bagi belia-belia lepasan sekolah menengah ramai antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke University Malaysia Sabah (UMS), University Malaysia Sarawak (UNIMAS), University Malaya (UM), University Kebangsaan Malaysia (UKM), University Utara Malaysia (UUM) dan ada juga yang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang perubatan dan klinikal, dan kejururawatan (nursing) di Masterskill College, Mahsa College, dan sebagainya. Ramai para belia yang bekerja di bandar seperti Inanam, di premis-premis menjual Handphone dan eksesori, mekanik di kedai-kedai atau workshop motorsikal, kilang-kilang dan kedai-kedai. ok ade juga yang dari UPSI..dah merajuk tu..tak kena sebut.... He he he KEMBALI KE MENU UTAMA