Sabtu, 6 Mac 2010

Padah Mencuri Kereta, Anak Berusia 10 bulan Terkorban!!

04MAC2010, Khamis, kira-kira jam 9.30 pagi sebuah kereta Proton Saga bernombor pendaftaran SD213A terbabas di Kampung Pinawantai Ranau, setelah gagal dikawal semasa dikejar oleh sebuah kereta peronda Polis mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk kepada seorang bayi berusia 10 bulan, Johari Bin Justin dan kecederaan teruk di bahagian kepala kepada Pn. Jupinah. Bayi ini telah pun disahkan meninggal dunia. Bayi tersebut telah meninggal sebelum tiba di Klinik Kesihatan Pinawantai manakala ibu kepada bayi tersebut masih dirawat di Hospital Ranau. En. Justin, pemandu kenderaan yang telah dicuri di daerah Lahad Datu ini telah melarikan diri ke dalam semak sejurus kemalangan ini berlaku. Menurut beberapa sumber dan maklumat orang ramai, beberapa das tembakan kedengaran sebelum kemalangan itu berlaku. Walaubagaimanapun, pemandu yang telah melarikan diri itu akhirnya tertangkap selepas cuba menyamar sebagai salah seorang pekerja Sri Jutaya Sdn. Bhd dan telah ditangkap oleh orang-orang kampung dan para pekerja Sri Jutaya di Kg. Monggis Ranau kira-kira jam 7.00malam. Pemandu tersebut dikatakan singgah membeli barang makanan di sebuah kedai runcit di kampung tersebut. Pemandu tersebut dikatakan cuba melarikan diri ke arah daerah Kota Marudu melalui jalan raya yang sedang dibina oleh Sri Jutaya Sdn. Bhd. Pada awalnya pemandu tersebut cuba melawan dengan sebilah parang. Dalam beberapa versi cerita orang-orang kampung, difahamkan bahawa pemandu tersebut berasal dari kampung sebelah iaitu Kg. Merungin manakala isterinya berasal dari Kg. Tibabar Timbua. Isteri beliau tidak mengetahui apa-apa tentang kenderaan yang dicuri oleh suaminya itu. Mereka dikatakan pergi ke Pekan Ranau dan terserempak dengan anggota Polis yang sedang membuat rondaan. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka dalam perjalanan dari Lahad Datu dan ada yang mengatakan mereka berada di Klinik Kesihatan Timbua ketika pihak Polis mengesan pemandu ini yang sememangnya sangat dikehendaki untuk membantu siasatan berkaitan dengan beberapa kes kecurian kereta sebelum ini.
En. Jasirin (Pegawai Polis) yang terlibat dalam mengejar penjenayah tersebut berkata bahawa pihaknya tidak mengetahui kehadiran pihak lain dalam kenderaan yang dipecut laju oleh penjenayah tersebut. Katanya lagi, kalau pihak polis mengetahui adanya ibu dan bayi dalam kereta tersebut, maka pihaknya tidak akan membuat tindakan tergesa-gesa.-hbm Palui JugaLah Si KUNDAKI ni (Nama timangan si Justin). Kalu serinder awal2 kan bagus juga. Ni nak DRifT and nak RaCe lagi dengan kereta Polis. Sudah tau yang Polis ni semuanya CEkaP..nak lawan lagi.. Sampaikan Anak dan Bini meninggal Dunia..Kesian... (Al-Fatihah kepada Arwah). Dalam hal series begini ada juga yang LuCu..Waktu Si Kundaki jalan di jalan raya Kg. Turuntungon, En. Sapilit yang NamPak dia ni tanya dia siapa, dia kata dia pekerja Sri Jutaya. Si Sapilit (Penyelia Urusan Sri Jutaya Sdn. Bhd) yang ragu-ragu dan dah tau crite sebenar..pergilah kumpul org-org pekerja dia...Dan Kepung si Kundaki semasa membeli barang di Kedai Kg. Monggis.. Terus saja si Sapilit hantar pergi Balai Polis Ranau. Bila dia tau keadaan anak dan bini dia, menyesal pun tiada gunanya.... so Ni lah namanya PALUI, BASUG, MULAU, SAMPAR, TALINGUNG dan BODOH.. ___________________________________________________________ TIPS-TIPS BERGUNA HARI INI...
A Suitable Case For Packing Nak Jalan-Jalan Ke Mana2 Baca Dulu Panduan Ni. Despairing of fitting everything into your suitcase? 1.Lay everything out on a bed first and sort through. 2.Less wrinkle-prone items such as underwear and T-shirts should go at the bottom. These will provide a cushion. 3.Place more wrinkle-prone clothing such as dresses and suit jackets at the top. Fold each in half lengthwise. 4.Rolling trousers avoids creasing. Pack at the sides. 5.Wrap toiletries in a plastic bag to stop leaks. 6.The heel of one shoe should align with the toe of the other. Place near the hinges and stuff socks inside. 7.Avoid packing valuables, medication, keys or travel documents. You should carry these with you. -hbm