Isnin, 24 Mei 2010

Unsur RACUN dalam TEMBAGA

Saya masih ingat ketika berkunjung ke rumah sepupu yang yang merupakan bekas pekerja Lombong Tembaga Mamut Ranau dan mendapati di rumahnya terdapat banyak ketulan serupa emas tetapi sebenarnya ketulan batu yang bercampur dengan blok-blok tembaga. 

Kalau tak silap, di rumah saya sendiri ada banyak ketulan-ketulan seperti ini yang masih saya simpan. Bagi penduduk daerah Ranau, memang menyimpan ketulan tembaga adalah perkara biasa..tapi awas!! Tahukah kamu apa itu TEMBAGA??? 

Tembaga adalah unsur kimia yang diberi lambang Cu (Latin: cuprum). Logam ini merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Penggunaan tembaga adalah dianggarkan mula digunakan 10,000 tahun yang lalu. Sebelum tembaga, diperkirakan hanya besi dan emas, logam yang terlebih dahulu digunakan manusia. 

Menurut data tahun 2005, Chili merupakan pengeluar tembaga terbesar di dunia, disusuli oleh USA dan Indonesia. Tembaga dapat dilombong dengan metode lombong terbuka dan lombong bawah tanah. Kandungan tembaga dinyatakan dalam % (persen). 

Jadi jika satu lombong berkadar 2.3%, maknanya dari 100 kg bijih akan dihasilkan 2.3 kg tembaga. Selain sebagai penghasil no.1, lombong tembaga terbesar juga dipunyai Chili. Lombong itu bernama Chuquicamata, terletak sekitar 1,240 km di sebelah utara ibukota Santiago.

Manakala lombong tembaga terbesar di Indonesia adalah yang diusahakan oleh PT Freeport Indonesia di kawasan Grasberg, Papua. Pada masas ini Grasberg dilombong dengan metode lombong terbuka. Namun karena kedalaman bukaan yang semakin besar, sekitar tahun 2015, cara perlombongan akan diubah menjadi lombong bawah tanah. 

Jika semua terwujud, Grasberg akan menjadi salah satu lombong bawah tanah terbesar di dunia. Tembaga dimanfaatkan untuk berbagai keperluan dari komponen elektrik, duit syiling, alat dalam rumah, kerajinan tembaga, hingga komponen biomedik. 

Tembaga juga dapat dipadu dengan logam lain hingga terbentuk logam paduan seperti perunggu atau monel dan menjadi sebuah kerajinan tembaga. Namun kita semua perlu berhati-hati akan sifat racun logam ini. Ini dapat terjadi ketika tembaga menumpuk dalam tubuh akibat penggunaan alat masak tembaga. Kelebihan unsur Cu dapat merosakkan hati dan memacu sirosis.