Menurut penulis buku ‘Single Men Are Like Waffles, Single Women Are Like Spaghetti’, Bill dan Pam Farrel,
Antara fakta menarik perbezaan antara lelaki dan perempuan ini ialah;
Lelaki lebih agresif sewaktu sedang memandu kereta sport. Manakala wanita pula lebih agresif daripada lelaki ketika memandu kereta mewah.
Lelaki bersedia mengambil risiko lebih besar dalam perkara berkaitan kewangan berbanding wanita. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com).
Dalam kehidupan seharian seorang perempuan gemar bercerita tentang masalah sehariannya, sementara itu lelaki pula lebih gemar mengatasi masalah yang berkaitan dengan perubahan hidupnya.
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita secara fizikal dan wanita pula biasanya akan memilih berdasarkan sikap lelaki bukannya rupa paras lelaki tersebut.
Wanita akan menjadi serius apabila ada yang mengkritik kemampuan dirinya. Tetapi lelaki tetap berwajah selamba.