Mungkin ada diantara kamu di luar sana yang masih belum cukup arif perihal individu yang bernama lelaki. Sudah tiba masanya untuk kamu mendekati dan memahami sifat semula jadi seorang lelaki. Dengan cara ini pasti kamu akan lebih mengenali si dia dengan lebih dekat. Cantik bukannya ukuran! Lelaki lebih gemar mendekati seorang wanita yang memiliki kesopanan dan budi bahasa yang tinggi. Bonus sekiranya si wanita itu memiliki pemikiran dan minat yang sama dengannya.
Sekiranya seorang lelaki berkata “emm..tengoklah dulu..”, ia bermaksud dia tidak gemar atau kurang bersetuju dengan perkara yang diperkatakan oleh kamu.
Cemburu adalah perkara normal dalam diri seorang lelaki. Sememangnya kaum lelaki sering tewas dengan air mata seorang wanita, lebih-lebih lagi sekiranya si wanita itu adalah insan yang disayanginya. Memang benarlah bahawa ‘air mata adalah senjata bagi wanita’.