Khamis, 3 Jun 2010

Video Pemandangan Gunung Tombuyukon.

Keindahan Gunung Tombuyukon -Gunung yang ke tiga tertinggi di Malaysia. Untuk mendaki gunung ini, harus ada kekuatan mental dan fizikal. Pendakian ke puncak gunung ini tidaklah sama dengan mendaki gunung Kinabalu, yang boleh di daki dalam beberapa jam sahaja. Untuk mendaki gunung Tombuyukon ini, perjalanan akan mengambil masa beberapa hari dan terpaksa berhenti di beberapa tempat khas yang disediakan untuk bermalam. Kalau tak silap saya perjalanan dari Sub Stesen Monggis ke puncak gunung Tombuyukon mengambil masa selama 3 hingga 5 hari, bergantung kepada kekuatan dan kondisi rombongan yang mendaki. Sepanjang pendakian, anda akan dapat melihat sendiri bunga raflesia dan periuk kera yang tumbuh mekar di tepi-tepi laluan tersebut. Pacat? Lintah? Baa biasa la tu...Apapun, kepuasan dan pengalaman yang berbeza mengatasi keletihan dan kepenatan.. Selamat mendaki..