Selasa, 21 Disember 2010

KECEDERAAN OTAK PUNCA ANAK LEMBAB


Tentu anda semua pernah mendengar tentang kanak-kanak yang lembab atau ‘slow learner’. Kanak-kanak ini tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Anak yang lembab walaupun sudah berumur  9 hingga 13 tahun ada yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira. Walaupun telah banyak langkah-langkah yang telah diusahakan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut namun tidak semuanya mendatangkan kesan yang fositif. Di sekolah-sekolah di seluruh negara telah diujudkan kelas pemulihan namun tidak semua kanak-kanak yang lembab ini berjaya diubah. Menurut guru pemulihan, kebanyakan dari kanak-kanak lembab agak cepat bosan dan mudah lupa terhadap isi kandungan pelajaran mereka.

Kanak-kanak lembab ini juga tidak mengalami kecacatan kerana mereka boleh melihat dan mendengar dengan baik. Mereka boleh menulis sedikit-sedikit dan terpaksa meniru huruf-huruf yang hendak ditulisnya. Apa yang diajar tidak boleh diingati. Golongan ini lembab dari segi Kognitif dan Psikomotor. Kanak-kanak ini lambat bercakap, berpakaian dan sebagainya. Ada juga dikalangan kanak-kanak ini yang pergi ke sekolah hanya kerana terpaksa.
Kanak-kanak lembab ini sememangnya mempunyai masalah tetapi masalah ini masih boleh diatasi. Mereka berpotensi untuk dipulihkan dan juga dibangunkan ke tahap yang lebih baik dari anak normal yang sebaya dengan mereka. Ia hanya akan tercapai dengan ilmu, amalan dan program tertentu yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa mereka.
Masalah utama kanak-kanak lembab ialah masalah yang melibatkan pembangunan otaknya.  NURY mengatakan bahawa pembangunan anak itu adalah pembangunan otaknya dan anak belajar melaluilima pancaindera iaitu melihat, mendegar, bau, menyentuh serta emosi dan daya firasat.
KECEDERAAN OTAK
Kita boleh membangunkan otak sehingga anak itu menjadi manusia yang cemerlang dan pintar dalam berbagai aspek. Pada masa yang sama adalah mungkin otak itu telah tercedera sehingga potensi sebenar manusia tidak dapat dicapai tetapi insyaAllah ia boleh diatasi.
Besar kemungkinan otak kanak-kanak tersebut mungkin mengalami kecederaan yang teruk. Antaranya mungkin bekalan oksigen yang tersekat semasa dilahirkan, demam yang terlampau panas sehingga sawan dan lain-lain. Penilaian yang terperinci perlu dibuat untuk menentukan punca masalah dan cara mengatasinya.
Kemungkinan besar sewaktu bayi, kanak-kanak ini tidak melalui tahap-tahap pembangunan yang sepatutnya seperti tidak merangka atau menjulur. Ini adalah kerana otak membangun secara bertahap-tahap dan mempunyai 7 tahap semuanya. Sekiranya 1 tahap dilangkah bererti bahagian otak tertentu tidak akan dibangunkan dengan baiknya. Umpamanya jika anak tidak menjulur atau merangka secara gerak silang, matanya tidak akan dapat fokus dengan baik ( penumpuan mata pada satu titik ) lalu tidak dapat membaca dengan baik. Kita mempunyai dua mata dan imej yang dilihat oleh kedua-dua mestilah bertemu pada satu titik dan menjadi satu imej. Jika mata tidak fokus, imej yang dihasilkan oleh mata kiri akan bertindih dengan mata kanan dan ini menyukarkan anak itu melihat dan membaca dengan baik.

Anak seperti ini juga akan mempamerkan tulisan yang terbalik, kecil dan besar. Anak seperti ini mengalami masalah yang dikatakan disleksia. Anak seperti ini bukannya cacat penglihatannya, ia dapat menerima maklumat tetapi maklumat yang diterima mengelirukan dan menyakitkan pandangannya. Ini menyebabkan ia kurang minat kepada aktiviti-aktiviti membaca dan menulis.
Tag: bagaimana menghadapi murid lembab, mengatasi masalah murid lembab, kanak-kanak slow learner, masalah sebenar kanak-kanak lembab, sebab utama kelembapan kanak-kanak, petua anak lembab, tips mengatasi masalah anak lembab, punca sebenar anak lembab, murid lembab di Malaysia, cara-cara proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak lembab, ubat tradisional untuk kanak-kanak lembab, cara mendidik anak dari bayi hingga ke alam persekolahan, bahaya meninggalkan anak kepada pengasuh, anak lembab bermula dari bayi, bagaimana mencegah anak menjadi lembab, cara-cara mendidik murid lembab, Rancangan Pengajaran Harian Untuk Kanak-Kanak Lembab/Slow Learner, koleksi RPH, RPT, Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 1,2,3,4,5,6, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 1, Rancangan Pengajaran Tahunan Untuk Semua Mata Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, Bank RPH dan RPT, KSSR, Free Download RPH dan RPT.