Khamis, 27 September 2012

Ikan Keli Gergasi Seberat 2000 kilogram!!

Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh para nelayan diMukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia. Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni. Lihatlah sendiri gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jadi terfikir sejenak, ikan keli yang kita makan hari ini hanya anak ikan keli walaupun beratnya sudah mencapai 10kg keatas... haaa...