Khamis, 28 Mac 2013

IBU MATI MENGEJUT : ANAK EMPAT TAHUN KELAPARAN 5 HARI SEBELUM DISELAMATKAN

Satu keadaan yang sedih, ibu mati di depan mata dan budak ni sedaya upaya cuba selamatkan ibunya dengan menyapu losyen.

Polis menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang kelaparan setelah  menerima laporan jiran yang terhidu bau busuk dari apartmen yang didiaminya. Apabila polis melakukan pemerikasaan, mereka mendapati ibu kepada kanak-kanak ini sudah meninggal dunia selama 5 hari. Ketika diselamatkan anak kecil ini berkata beliau cuba merawat ibu beliau yang tiba-tiba terjatuh dengan menyapu losyen pada kulit ibunya. Tetapi usaha anak kecil ini tidak berjaya dan si ibu kemudian mati. Apabila cuba mendapatkan bantuan sekali lagi dia gagal keluar kerana chain-lock pada pintu terlalu tinggi.