Khamis, 4 April 2013

PENGGANAS SULU - BAJU KOYAK RABAK TAPI TIADA KESAN DARAH (KEBAL)


Berita terkini Lahad Datu pada 3 April 2013. Eksklusif bukti bahawa pengganas sulu mengamalkan ilmu kebal. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kenapa pengganas sulu ni sukar untuk ditembak ketika bertempur dan boleh melarikan diri. Menurut askar yang bertugas, mereka menjadi saksi bahawa pengganas ini amalkan ilmu kebal kerana ratusan peluru langsung tidak menembusi badan mereka.

Foto: Baju Pengganas Sulu hanya koyak dihujani peluru tanpa kesan Darah
lahad datu 3 april 2013

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap. Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

lahad datu

Foto Baju Pengganas: Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

sumber: apesal.com