Mungkin kalau boleh tengok dengar mata
kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom
hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar!
1. Bakteria atau kutu debu
Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu
debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata
kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak
gayanya!isk3
2. Bakteria di bulu kucing dan anjing
Ini merupakan imej bakteria yang biasa
hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya
pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61
tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera
yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran
sehingga beratus-ratus kali.Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk
asing pun ada..
3. Bakteria di dalam roti
Ini pula adalah imej bakteria yang biasa
hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam
sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat
beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda
membungkus roti anda dengan kemas.
4. Larva lalat hijau
Imej di atas adalah imej larva lalat
hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan
bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita?